ANALISA EKONOMI TANAMAN HALIA

Halia

Halia

Projek pengeluaran halia bentong .Beberapa kajian yang dijalankan  telah menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi nilai kos dan faedah penanaman halia secara fertigasi dan secara konvensional untuk pengeluaran halia muda dan tua. Data kajian diperoleh daripada plot peprojek perintis MARDI dan jabatan pertanian.

Positif faedah dan kos. Analisis kos dan faedah menunjukkan kos pengeluaran halia tua dan muda menggunakan sistem fertigasi masing-masing ialah RM0.90/kg dan RM 1.41/kg berbanding dengan RM1.36/kg dan RM1.24/kg menggunakan kaedah konvensional. Jika  nisbah kos faedah dibandingkan fertigasi mampu memperoleh  RM0.78  bagi setiap RM1.00  yang dilaburkan untuk pengeluaran halia tua, manakala RM0.68 untuk halia muda. Lebih jauh menguntungkan berbanding konvensional (halia tua = RM0.17 dan halia muda RM0.16) pendapatan bersih yang tinggi.

Risiko dan cabaran. Disini kita jangka kos pengeluaran secara fertigasi akan lebih berkurang selepas beberapa pusingan tetapi tidak kepada kaedah konvensional kerana selepas beberapa pusingan akan mula balik mengira modal permulaan untuk penanaman semula.

Pendapatan. Pendapatan bersih tahunan bagi pengeluaran halia tua (RM174,680/ha) dan muda (RM32,500) adalah tinggi menggunakan sistem fertigasi berbanding dengan kaedah konvensional (RM49,200/ha) dan halia muda (RM21,100/ha). Analisa juga menunjukkan walaupun kos pembangunan fertigasi tinggi ,tempoh pulangan modal adalah pendek iaitu 3 tahun. Pendapatan bersih yang tinggi ini berpunca dari hasil halia yang tinggi, 2-3 kali ganda per hektar berbanding konvensional. Analisis belanjawan separa juga menunjukkan nilai faedah yang tinggi berbanding dengan nilai implikasi sekiranya petani bertukar kepada sistem penanaman halia fertigasi dengan konvensional.

Kesimpulan.Secara keseluruhannya,teknologi penanaman secara fertigasi adalah lebih berbaloi dalam meningkatkan hasil serta daya maju yang tinggi.kos atau modal yang tinggi dapat diimbangi dengan hasil pengeluaran yang tinggi.teknologi ini juga mesra alam serta selaras dengan pembangunan pertanian lestari.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Halia Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply