MEMBUAT FURADAN ORGANIK

Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain),racun ini sering diaplikasikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.

Menurut artikel yang lepas, penggunaan furadan sintetik ini memberi kesan buruk kepada manusia kerana kesan furadan (sama ada banyak atau sedikit) masih kekal pada tanaman dan kesan kepada alam sekitar.

Oleh itu bagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, terdapat kaedah penghasilan furadan organk  telah dihasilkan sesuai untuk tanaman sekitar rumah dah kawasan yang kecil. Berikut adalah cara pembuatan furadan organik.

Bahan furadan hanya menggunakan tiga bahan utama, iaitu buah jering, belerang, dan pasir. Cara pembuatannya adalah sangat mudah:

  1. 10 biji buah jering (diambil isi jering) dikisar, diparut atau ditumbuk halus
  2. masukkan jering yang telah dikisar, diparut atau ditumbuk halus ke dalam bekas/ besen
  3. tambahkan 4 camca/ sudu teh belerang/sulfur
  4. tambahkan 6 cawan pasir halus
  5. gaulkan bahan tersebut hingga sebati
  6. tutup bekas/besen dengan pembalut plastik/ wrapper dan simpan di tempat kering selama 1 minggu

furadan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasuan, semaian biji benih atau tabur rata di keliling tanaman anda.

selamat mencuba!..

 

Kongsikan!
This entry was posted in Racun furadan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply