Teknik Menyemai Keratan Batang Pokok Tin

Walau pun saya bukannya seorang peminat tegar pokok tin ini, saya akan sharekan kaedah menghasilkan anak pokok tin melalui keratan batang.

Terdapat banyak kaedah membuat anak pokok daripada semaian biji benih mahu pun melalui kaedah vegatatif iaitu kaedah tut dan keratan batang.

Kali ini saya akan tunjukkan kaedah keratan batang.

Pada saya teknik keratan batang ini paling mudah dan cara paling malas.

Pokok tin antara tanaman yang agak mudah untuk dibiakkan.

Bahan – bahan

1. Pokok tin dewasa (Sisa kajian penanaman pokok tin secara fertigasi)
2. Polibeg Bekas polystyrene
3. Media semaian (saya gunakan cocopeat lama)
4. Prunner
5. Penggalak seperi atonik atau seradix

Cara – cara

1. Pilih keratan batang yang bersesuaian. Batang pokok tin yang sesuai adalah berukuran diameter dalam 8-12 mm dengan Panjang 8 – 15 cm. Semasa memilih keratan batang ini pasti ada 3 – 5 mata tunas untuk cepat pertumbuhan pokok tin kita. Kalau dah jumpa potong gunakan prunner. Potong baik-baik bagi menggelakan pokok tin induk ini tidak sakit atau mati. Kalau ada racun kulat seperti thiram sapu pada tempat kita potong pada pokok induk tadi untuk elakkan penyakit kulat.

2016-06-17 (1)

2. Isi polibeg dengan media semaian dan basahkan.

IMG_20160617_102204

3. Letakkan keratan dan timbus dengan media sehingga memenuhi polibeg berkenaan. Jangan padatkan media tersebut.

2016-06-17 (1)

4. Letakkan media di tempat yang redup sehingga akar mulai tumbuh dan pucuk telah besar.

20150226_103804

5. Selepas anak pokok kita sudah establish dedahkan pada cahaya matahari secara berperingkat sehingga kita pindahkan ke bekas tanaman yang sesuai.

Selamat mencuba!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Pokok Tin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply