KOMPONEN SISTEM PENGAIRAN FERTIGASI – TANGKI AIR

Pada artikel pertama untuk siri sistem pengairan fertigasi ini kita akan melihat komponen utama iaitu tangki air.

Untuk sistem pengairan fertigasi bilangan tangki air yang diperlukan adalah 2 – 3 biji.

Wajib ada 2 biji iaitu untuk tangki air kosong dan tangki air baja.

Ini membolehkan kita membuat giliran untuk mengagihkan air baja dan air kosong kepada tanaman.

Tetapi lebih baik jika, pengusaha mempunyai 3 tangki air iaitu:

1) tangki kosong
2) tangki air baja
3) tangki simpanan

Tangki simpanan air berfungsi untuk sebagai reserved air sekiranya bekalan air terputus, pengusaha sudah mempunyai bekalan air.

Apakah saiz tangki air yang sesuai?

Saiz tangki air yang sesuai adalah 600 atau 900 gelen.

Beza harga tangi air 600 dan 900 gelen adalah sedikit.

Manakala pengilang hanya mengeluarkan tangki air 900 gelen based on order.

Tangki air 600 gelen mudah diperolehi di Semenanjung Malaysia dengan harga sekitar RM 450 – RM 650.

Manakala di Sabah dan Sarawak, pengusaha tiada pilih kecuali menggunakan tangki air berwarna biru berkapasiti 1000 liter.

Atau membawa masuk tangki air 600 gelen daripada Semenanjung Malaysia.

Ketiga – tiga tangki air 600 gelen ini disambung secara selari menggunakan satu pam air.

Tiga tangki air 600 gelen ini akan memberikan pengusaha kapasiti air sebanyak lebih kurang 6814 liter (unit gallon US).

Jadi 3 tangki air ini sesuai untuk kapasiti 3,000 ke 5,000 polibeg.

Jika bilangan polibeg anda melebihi kapasiti di atas, misalannya 10,000, dicadangkan gandakan tangki air anda sebanyak 5 – 6 tangki air.

Ingat air adalah penting untuk hidupan dan tanaman.

Sedikit tips jika kawasan anda kecil dan bilangan polibeg anda 500 ke bawah, adakah sesuai untuk menggunakan sistem 3 tangki air.

Jika saya, saya akan menggunakan tangki air 200 atau 600 gelen serta saya akan membuat sambung bypass air daripada pili paip ke sistem pangairan.

Jika pengagihan air kosong, saya akan buka pili paip ini.

Mudah sahaja kan.

Jika anda ada sebarang komen boleh ajurkan di ruangan komentar.

SELAMAT HARI RAYA.

Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to KOMPONEN SISTEM PENGAIRAN FERTIGASI – TANGKI AIR

  1. Azmi says:

    Assalam ..
    Setengah pengusaha fertigasi mengatakan bahawa tangki 600gelen ni ( brand Kossan buatan Malaysia ) adalah 600gelen UK . Boleh konfemkan .
    Tq .

Leave a Reply