KOMPONEN SISTEM PENGAIRAN FERTIGASI – PAM AIR

Saya pernah menulis berkenaann pam untuk projek fertigasi.

Bagi mereka yang belum membacanya boleh rujuk di sini.

Pada artikel yang lepas kita telah menulis berkenaan jenis – jenis pam dan panduan memilih pam air untuk projek fertigasi.

Artikel ini akan tidak akan menyetuh lagi perkara berkenaan.

Pam air yang sesuai digunakan untuk projek fertigasi adalah daripada jenis centrifugal.

Atau centrifugal pump.

Ini kerana ketiga-tiga tangki air boleh dihubungkan menggunakan satu pam centrifugal.

Saya rekomenkan supaya pengusaha menggunakan pam 2 HP terus bagi skala projek 500 polibeg ke atas.

Ini kerana harga pam air 1 – 2.0 HP tidak banyak beza.

Harga pam air 2.0 HP adalah sekitar RM 450 – RM 650.

Pam air 2.0 HP ini boleh support 3,000 – 5,000 polibeg sekali jalan.

Jika kita mempunyai 10,000 polibeg, maka kita boleh bahagikan tanaman kepada dua plot.

Satu plot mempunyai 5,000 polibeg.

Kaedah plot ini memerlukan kita mengagihkan air dan air baja secara berperingkat.

Satu lagi alternatif yang boleh kita lakukan adalah memasang dua sistem pam air yang berlainan.

Tetapi alternatif ini memerluka modal yang lebih untuk membeli pam air dan penyambungannya.

Pastika jarak pam air dan tangki air tidak terlalu jauh.

Serta jarak pam air kepada plot tanaman tidak melebihi 15′ bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengairan fertigasi kita.

Selamat memilih pam air.

Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply