Pada siri kali kita akan melihat jenis mikrotiub dan penitis yang sesuai digunakan pada sistem fertigasi di tanah rendah.
Mikrotiub merupakan saluran air yang mengalirkan air atau larutan baja ke polibeg dan mikrotiub ini akan disambungkan pada polipaip pembahagi atau polipaip ke barisan tanaman.
Manakala dripper berfungsi sebagai pemegang atau pemberat.
Terdapat juga dripper jenis free flow.
Ini kerana apabila pam air dibuka, tekanan air di dalam polipaip adalah tinggi dan mikrotiub ini jika tiada pemberat akan terkeluar daripada polibeg.
Sesetengah penitis mempunyai pressure regulator atau compesator yang berfungsi meratakan tekanan air di sepanjang sistem pengairan fertigasi.
Kebiasaanya mikro tiub yang ada di pasaran di Malaysia terdiri daripada mikro tiub berdiameter 1.0 mm, 1.5 mm dan 4.0 mm.
Berbeza mikrotiub terletak pada saiz diameter dan juga warnanya.
Kini terdapat pelbagai jenis warna mikrotiub iatu hitam, hitam berjalur kuning, pink, putih dan lain – lain lagi.
Tetapi yang penting adalah saiz diameter mikrotiub.
Mikrotiub 1.0 mm dan 1.5 mm merupakan mikrotiub free flow dan dihubungkan dengan dripper daripada jenis free flow.
Kelebihan mikrotiub free flow ini ianya sedang disambung pada polipaip kerana tidak memerlukan adapter atau nipple.
Berbeza dengan mikrotiub 4.0 mm atau nama mesra shapagetti tiub.
Mikrotiub 4.0 mm ini menggunakan dripper daripada jenis pressure regulator atau compesator.
Mikrotiub 4.0 mm ini perlu dihubungkan melalui adapter atau nipple kepada polipaip.
Masalah yang muncul
Masalah utama yang sering dihadapi oleh pengusaha fertigasi apabila menggunakan mikrotiub adalah seperti berikut:
1. Mikrotiub 1.0 mm dan 1.5 mm mudah tersumbat sekiranya sistem penapisan anda tidak cekap dan tidak diselenggara dgn betul. Pengusaha yang menggunakan mikrotiub jenis ini perlu selenggara disc filter mereka dgn kerap sekurangnya 2 minggu sekali jika menggunakan punca air selain daripada air paip.
2. Manakala masalah bagi mikrotiub 4.0 mm, masalah terbesar adalah sumbat pada dipper terutama pada bahagian pressure regulator akibat hablur garam daripada air baja yang kering apabila panas. Masalah ini tidak kelihatan pada tanaman fertigasi di tanah tinggi.
Kos efektif
Satu gulung panjang mikrotiub 1.0 mm adalah 1000 m, mikrotiub 1.5 mm adalah 0.5 m dan mikrotiub 4.0 mm adalah 80 m.
Mikrotiub ini akan dipotong sepanjang 2 kaki setiap satu.
Harganya adalah mikrotiub 1.0 mm adalah RM 280 segulung, 1.5 mm adalah RM 180 dan mikrotiub 4.0 mm adalah RM 45 per roll.
Secara umumnya kos untuk satu mikrotiub 1.0 mm adalah RM 0.175, 1.5 mm adalah RM 0.225 dan 0.4 mm adalah RM 0.27.
Tetapi miktiub 4.0 mm memerlukan adapter atau nipple untuk dihubungkan kepada polipaip. Harga adapter ini adalah RM 0.10 satu.
Berbanding mikrotiub 1.0 mm dan 1.5 mm tidak memerlukan adapter untuk dihubungkan kepada polipaip.
Kos dripper pressure regulator adalah RM 0.10.
Manakala kos dripper free flow adalah RM 0.05.
Kos keseluruhan untuk penggunaan mikrotiub 1.0 mm adalah RM 0.225.
Kos keseluruhan untuk penggunaan mikrotiub 1.5 mm adalah RM 0.275.
Kos keseluruhan untuk penggunaan mikrotiub 4.0 mm adalah RM 0.47.
Memang dilihat hanya berbeza sekitar RM 0.245.
Tetapi jika 10,000 polibeg perbezaan adalah pada skala RM 2,450.
Pemasangan
Pemasangan mikrotiub 1.0 mm dan 1.5 mm adalah jauh lebih mudah dan ringkas berbanding mikrotiub 4.0 mm.
Cuma tebuk lubang menggunakan penebuk lubang khas dan sambungkan kepada polipaip.
Berbanding dengan mikrotiub 4.0 mm, adapter perlu disambung pada polipaip dan ini merupakan antara kerja yang paling sukar.
Mikrotiub 1.0 mm dan 1.5 mm perlu dipotong serong hujung ke hujung berbanding mikrotiub 4.0 mm yang perlu dipotong lurus.
Dripper mikrotiub 1.0 mm dan 1.5 mm boleh digantikan dengan polipaip lama sekaligus dapat bertindak sebagai pemberat dan menjimatkan kos.
RUMUSAN
Ketiga – tiga jenis mikrotiub mempunyai kelebihan dan kekurangan masing – masing, tiada benda yang sempurna.
Pengusaha fertigasi perlu membuat penilaian yang teliti dan tepat di antara kos efektif dan kesan penggunaannya dalam jangka masa yang panjang.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020