Siri herba Malaysia : Kacip fatimah

kacip fatimah

kacip fatimah

Kacip Fatimah sememangnya sangat terkenal dalam kalangan wanita dinegara Malaysia mahupun seluruh asia. Kacip Fatimah merupakan herba yang sangat mendapat permintaan yang tinggi kerana keistimewaan dan khasiat yang sangat mujarab buat para wanita khususnya. Ia banyak digunakan secara meluas dalam industri perubatan moden mahupun tradisional. Kacip Fatimah kebiasaannya  digunakan secara ubat-ubatan tradisional bagi memudahkan dan mendorong untuk bersalin serta selepas bersalin di kalangan wanita Malaysia. Herba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia. Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.

Khasiat

Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.

Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :

1.Mencegah pembiakkan sel prakanser

  1. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
  2. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
  3. Melewatkan proses penuaan.
  4. Masalah keputihan
  5. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
  6. Melancarkan proses kelahiran bayi.
  7. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

Fisiologi pokok kacip Fatimah

Kacip Fatimah merupakan sejenis herba berkayu yang mempunyai rizom yang menjalar. Secara umum mempunyai ketinggian 8-10cm, diameter batang diantara 1-2 cm. daunnya berbentuk bujur dan buahnya berwarna merah dan mempunyai gugusan dibahagian pangkal batangnya. Kacip fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu kecil dan tumbuh liar di hutan hujan tropika pada ketinggian 150 kaki dari paras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar. Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air.  Terdapat 3 jenis variasi yang boleh dijumpai di Malaysia ialah:

  1. Labisia pumila Alata

alata mempunyai tangkai daun yang pendek(2-8 cm) bersayap lebar

  1. Pumila var. Pumila

tangkai daun L.pumila var.pumila juga adalah pendek(2-8 cm) dan bersayap halus.

  1. Pumila var. Lanceolata.

mempunyai tangkai daun yang panjang(5-13 cm)tanpa sayap

kaedah penanaman

Pokok Kacip Fatimah sesuai ditanam di kawasan yang bercangkat rendah tetapi  tidak menakung air, lembab, redup dengan kandungan humus yang tinggi dan boleh dibiakkan menggunakan biji benih atau keratan akar. Ia ditanam dikawasan yang redup dan lembap mengikut kepada habitat asalnya didalam hutan. tanah mesti subur dan mempunyai saliran yang baik. Boleh ditanam didalam polibeg atau diatas batas. Di atas batas jarak penanaman yang sesuai ialah 1m x 0.5m empat segi sama atau bergantung kepada besar anak pokok. Media tanaman campuran atau cocopeat digunakan. Pokok yang matang dan sesuai dituai adalah berumur 1 tahun dimana pokok dicabut daripada bahagian akar dahulu kemudian batang dan daun. Dituai kemudian dibasuh dan dikeringkan.

 

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply