SIRI HERBA MALAYSIA: KENALI ASAM GELUGUR

buah asam gelugur

buah asam gelugur

Kebanyakan masyarakat melayu menggunakan asam keping didalam masakan mereka. Asam keping ini berfungsi sebagai penyedap dan menghilangkan rasa hanyir dalam masakan seperti kari, gulai,masak lemak cili api,masak asam dan banyak lagi. Buah asam gelugor merupakan buah yang ramai tidak tahu yang telah diproses menjadi asam keping atau kepiingan asam gelugur. Asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis ini merupakan buah daripada keluarga Clusiaceae.ia merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India.

asam keping

asam keping

Ciri botani Pokok asam gelugur

  • mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter.
  • Batangnya dari kayu keras berwarna kelabu.
  • Daun tunggal, besar, bujur memanjang, berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat, pucuk muda berwarna kemerahan bertukar hijau tua apabila matang.
  • Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang keluar dari celah ketiak daun.
  • Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang.
  • Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikut varieti iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai gari pusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.

Pucuk buah asam gelugor ini juga boleh dimakan begitu sahaja. Rasa daun dan bunga adalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk. Pucuk buah asam gelugor ini mengandungi serat, karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral yang dipercayai mempunyai khasiat yang boleh merawat penyakit. Buah asam gelugur mengadungi asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik, asid hidroksisitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral. Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria.  Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.

Kaedah penanaman

Menggunakan teknik cantuman baji,cantuman dewasa, dan juga penghasilan biji benih daripada keratan akar. Cara ini dapat memastikan pokok “ true to type” dan mendapatkan baka yang dikehendaki. Canutman baji dan cantuman dewasa dikatakan kaedah paling praktikal untuk dilakukan. Bagi pembiakan secara biji benih,dapatkan biji benih daru buah yang cukup matang dan disemai dahulu di nurseri. Benih yang mempunyai ketinggian lebih sekaki ditanam dengan jarak 6m x 6m. Spesis yang ada di Malaysia adalah spesis tempatan yang akan menghasilkan buah selepas 6-7 tahun ditanam.

Pembajaan dan amalan agronomi buah asam gelugur adalah sama seperti pokok buah-buahan yang lain. Pembajaan menggunakan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan penyakit tanaman ini masih belum di buat kajian secara saintifik. Kesan kemarau dan hujan yang berlebihan kadang-kala menyebabkan kejadian buah gugur.

Buah yang matang adalah berwarna hijau cerah kekuningan dan dipotong sebelum dijemur menjadi asam keping. Tapi dengan teknologi terkini, asam keping boleh dikering dengan cepat dan mudah dengan menggunakan mesin pengering. Ia juga dikatakan memberikan kualiti yang lebih baik berbanding jemur di bawah sinaran matahari.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply