SIRI HERBA MALAYSIA: MAS COTEK

mas cotek

mas cotek

Pokok mas cotek merupakan sejenis herba yang banyak digunakan didalam bidang perubatan tradisional. Herba yang berasal daripada keluarga Moraceae ini merupakan herba yang dikatakan mempunyai banyak khasiat. Ia merupakan tumbuhan natif yang berasal daripada asia tenggara . Emas Cotek (Ficus Deltoidea) dikenali juga sebagai serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah). Sejenis tumbuhan ubatan yang popular dan banyak digunakan oleh pengamal perubatan termasuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Tumbuhan ini sejenis tanaman epifit dan hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya matahari dan biasanya terdapat di celah-celah pokok atau batu besar. Banyak di dapati tumbuh secara liar di hutan dan belukar di tepi laut atau di pergunungan.

Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea

Ciri –ciri morfologi

Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m tinggi tanpa pemangkasan. Bentuk daun berbeza mengikut varieti samada bulat, bujur telur atau lonjong. Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat dengan bintik berwarna emas. Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam antara urat daun utama yang bercabang. Pangkal dan hujung daun kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun samada berpasangan atau tunggal. Bunganya berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang. Daun Emas Cotek jantan mempunyai daun yang kecil dan tirus.

Khasiat mas cotek

Khasiat mas cotek dikenal pasti dapat:

  • meningkatkan tenaga
  • membaiki peredaran darah
  • merawat paru-paru berair
  • darah tinggi
  • kencing manis
  • lemah jantung
  • cirit birit.
  • Membuang kolestrol dan lemak
  • Merangsang Hormon Lelaki

Panduan Menanam Mas Cotek

Tanaman Emas Cotek boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan bahagian ranting dan berpucuk muda. Pembiakan mengunakan Keratan ranting pucuk muda adalah lebih efektif dan cepat pertumbuhan berbanding yang lain. Keratan ranting muda sedia untuk ditanam di ladang selepas 7-8 minggu di petak semaian, manakala bahan tanaman dari biji benih memerlukan 12-14 minggu selepas penyemaian.

Tumbuhan ini sesuai ditanam di tanah bertekstur ringan dan mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah ditenggelami air seperti tanah bris. Kadar taburan hujan bulanan yang optimum dalam lingkungan 180-200 cm. boleh ditanam didalam polibeg atau diatas batas.

Bagi tanah berpasir, dua jenis baja disyorkan iaitu baja najis ayam sebagai baja asas sebelum menanam dan diberi setiap 6 bulan pada kadar 10 tan/ha. Manakala baja secara tak organik atau separa organik seperti NPK ( 10:10:10 ) dengan kadar 2 tan/ha diberi setiap 6 bulan. Kawalan rumpai boleh dibuat menggunakan sungkupan plastik.

Mas cotek ini boleh dituai setiap 4-5 bulan sekali. Secara tradisi penuaian Emas Cotek adalah dengan mencabut keseluruhan pokok. Setiap satu perdu boleh mencapai kira-kira 20 kg basah termasuk akar, buah dan batang untuk ramuan ubat-ubatan. Penuaian juga boleh dilakukan dengan memotong rendah pada tahap ketinggian 30 cm dari aras tanah.

 

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply