Kulapuk berdebu telah dikenal pasti disebabkan oleh sejenis kulat parasit obligat dikenali sebagai Oidium?phyllanthi. Jangkitan dimulakan oleh spora kulat yang bercambah di permukaan atas daun dan mengeluarkan tiub percambahan yang menembusI dinding sel epidermis daun. Penyerapan makanan daripada sel perumah dilakukan oleh satu struktur penyerap yang dikenali sebagai ‘haustoria’. Kulat kulapuk berdebu membiak dan menghasilkan banyak spora atau konidia yang akan disebar oleh angin. Dalam keadaan yang sesuai, kulat ini akan menyebabkan jangkitan baharu pada tanaman berdekatan.
Kulapuk debu menyerang pada bahagian atas daun
Pada awal serangan kulapuk berdebu, tompokan kecil berwarna putih yang biasanya bermula pada daun di bahagian atas. Tompokan ini semakin banyak, membesar dan bergabung sehingga membentuk lapisan berdebu putih kekelabuan menyelaputi keseluruhan permukaan atas dan bawah daun. Pada tahap lewat, serangan yang teruk akan menyebabkan keseluruhan pokok diselaputi lapisan berdebu putih kelabu. Jika kulapuk berdebu menyerang anak benih di dalam dulang semaian di nurseri, gejala kekuningan dan keguguran daun pramatang boleh berlaku yang akhirnya menyebabkan kematian anak benih. Serangan peringkat awal penanaman di ladang berupaya mengganggu pertumbuhan dan mengurangkan hasil. Namun, serangan yang lewat pada pokok matang tidak memberi kesan ketara terhadap pertumbuhan pokok secara keseluruhan.
Kaedah kawalan
• Amalan pemantauan dan pemeriksaan tanaman secara berkala amat penting sebagai langkah pencegahan dan kawalan penyakit kulapuk berdebu. Sekiranya gejala awal seragan iaitu tompokan kecil berwarna putih pada daun tanaman ditemui.
• Langkah sanitasi iaitu membuang dan memusnahkan bahagian tersebut atau keseluruhan tanaman untuk menghalang jangkitan ke tanaman lain yang berdekatan perlu dilakukan dengan segera. Ia juga membolehkan rawatan segera dilakukan sebaik sahaja gejala awal serangan pada tanaman dikesan.
• Kulapuk berdebu mudah merebak jika tanaman sangat rapat di antara satu sama lain. Pengudaraan yang kurang baik menggalakkan jangkitan kulat disebabkan keadaan persekitaran yang panas dan lembap serta keadaan daun yang kurang menerima cahaya panas matahari.
• Kaedah semburan racun kimia seperti semburan kuprum boleh digunakan bagi merawat penyakit kulat ini. Bahan aktif racun yang disyorkan adalah Azoxystrobin.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020