KOPI


Kopi (Coffea spp) tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita malah merupakan sumber minuman utama bagi masyarakat di Malaysia. Pokok kopi ini tergolong dalam keluarga Rubiaceae. Ianya memiliki pelbagai spesis tetapi hanya 3 spesis sahaja yang sesuai ditanam secara komersial iaitu Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Hanya kopi Liberica dan Robusta sahaja yang sesuai ditanam di negara ini.

Tanaman ini mampu hidup sehingga 25 tahun dan dikenali sebagai tanaman saka. Ia mampu membesar sehingga ketinggian 6-15m sekiranya tidak dikawal. Cantasan perlu dilakukan bermula dari peringkat awal bagi memudahkan pokok untuk diuruskan.
Pokok kopi memiliki daun yang rimbun dimana ianya tumbuh berpasangan pada batang, dahan serta cabang. Pokok kopi akan berbunga sekiranya tiba musim. Tanaman daripada biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang satu tahun selepas ditanam tetapi bergantung kepada varieti.

Bunga pokok kopi

Pokok kopi melakukan “cross pollination”. Antara agen yang membantu dalam proses pendebungaan ialah semut, lebah dan angin. Buah kopi berbentuk bulat atau lonjong dengan warna hijau semasa muda dan bertukar kuning dan merah apabila sudah masak. Kopi jenis Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi dimana suhu optimumnya ialah 18-280C serta kelembapan antara 70-90%.

Tanah yang sesuai bagi tanaman kopi ialah lahar, granit, dan batu pasir. Selain itu, tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai.

Terdapat dua sistem tanaman kopi:
1. Sistem tanaman tunggal; pokok ditanam dengan jarak tanaman 3m x 3m segitiga sama tetapi ia memerlukan kawasan lapang dan perlukan pokok naungan diperingkat awal.
2. Sistem Tanaman Selingan; selingan dilakukan dengan tanaman Kelapa (Cocos nucifera) pokok kopi ditanam dengan jarak 3m x 3m dimana dua barisan kopi ditanam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m.

Pembiakkan pokok kopi boleh dilakukan melalui dua kaedah:
1. Biji benih
2. Pembiakkan tampang

  • Cara keratan tunas muda
  • Cara cantuman baji
    ysuhaimi
    Latest posts by ysuhaimi (see all)
  • About ysuhaimi

    Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
    This entry was posted in Kopi and tagged , , . Bookmark the permalink.

    Leave a Reply