CENDAWAN KUKUR

cendawan kukur

Cendawan kukur juga dikenali sebagai kulat sisir. Tidak ramai mengenalinya terutamanya golongan muda dan juga orang bandar.

Suatu ketika dahulu, cendawan kukur biasanya dapat dinikmati hanya selepas hujan. Selepas hujan, cendawan ini mengembang dan menjadi lembut. Ini memudahkan proses untuk mengutipnya. Hal ini kerana, apabila ia kering, agar sukar untuk memetiknya kerana ia menjadi liat dan melekat pada batang kayu.

kulat sisir pada batang kayu

Kebiasaannya, kulat sisir tumbuh secara semula jadi di pada batang-batang pokok tumbang terutamanya pokok getah dikampung.

Pada ketika ini, penoreh getah akan membawa pulang pulang cendawan kukur selepas balik dari menoreh untuk dibuat lauk yang enak sebagai hidangan keluarga.

Namun begitu, dengan teknologi masa kini, cendawan kukur boleh dihasilkan setiap masa dan sepanjang tahun.

kulat sisir

Gambar: kukurdaily.ceodesa.com

Bagi tujuan komersial, ramai pengusaha menghasilkan cendawan kukur menggunakan bongkah. Terbaru, pembenihan cendawan kukur secara bioreaktor hasil inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

 

 

teknologi bireaktor kulat sisir tanam kulat sisir guna bongkah

Cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllum commune mengandungi Schizophyllan yang mana ia digunakan sebagai ubat antitumor dan kanser.

jenis cendawan

 

Cendawan kukur biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Menariknya, cendawan kukur ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding dengan cendawan tiram berwarna kelabu dimana ia mengandungi 80% air. Oleh kerana itu, ia mengambil masa yang singkat untuk kering apabila diletakkan dibawah sinaran matahari.

Tumbuhan ini senang didapati banyak dipasar tani. Harga pasaran bagi tumbuhan ini untuk satu bekas plastik bersaiz biasa sekitar RM5.00. Namun, harganya mampu mencecah RM80/kg. Mungkin kerana kesukaran untuk mendapatkan kulat sisir ini, maka harganya semakin hari semakin mahal.

Tanaman ini bukanlah jenis sayuran yang beracun. Cuma anda hanya perlu pastikan ianya tidak terkena bahan racun sebelum dipungut dan dimasak.

Cendawan kukur yang dikeringkan perlu direndam dalam air bersih sebelum dimasak. Proses merendam ini adalah supaya ia mengembang dan menjadi lembut. Hal ini dapat memudahkan ia untuk dimasak. Cendawan kukur paling sedap dimasak lemak kuning atau masak lemak cili padi. Ia juga sedap digoreng bersama telur.

masak lemak kulat sisir

CIRI-CIRI

Ciri-ciri tumbuhan ini ialah bersaiz kecil dengan diameter 0.1 hingga 2 cm sahaja. Ia berwarna putih ke putih gelap dan berubah menjadi kecoklatan apabila sudah tua. Apabila disinari matahari terik, ia akan menguncup dan kering. Namun, ia akan mengembang semula kepada keadaan seperti sedia kala pada sebelah malam hingga ke pagi.

Tambahan itu, cendawan kukur merupakan tanaman singkat dan hanya mengambil masa selama seminggu untuk tumbuh. Ia biasa tumbuh dengan subur pada batang pohon yang sudah mati.

Tanaman ini tumbuh dengan baik di kawasan yang memiliki cuaca lembab serta panas hampir sepanjang tahun seperti di Malaysia. Kelembapan yang tinggi memerlukan keperluan yang penting bagi pertumbuhan cendawan jenis ini. Penjagaan kulat sisir ini tidak rumit jika dibandingkan dengan penjagaan cendawan yang lain.Semakin lembap pokok dan kawasan sekelilingnya, semakin putih dan besar saiz cendawan ini.

Tumbuhan ini amat disukai oleh serangga. Jika dituai lambat, ia akan rosak akibat serangan serangga yang memakannya. Sebaiknya, tuai cendawan ini setelah berusia 2 hari. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan hasil yang elok, dimana strukturnya masih lembut dan tidak keras.

Klik di sini bagi artikel berkaitan dengan cendawan.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply