KELADI

KELADI


Keladi atau nama saintifiknya Collocasia esculenta adalah tumbuhan dari keluarga Araceae. Keladi merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan umbisi keladi.

Jika anda berniat untuk menanam keladi, anda wajib membaca artikel ini untuk mendapat sedikit sebanyak info berkaitan penanaman keladi.

Penanaman keladi memerlukan anak benih yang berualiti, baja, racun kawalan perosak dan juga tanah yang subur dan sistem saliran yang baik untuk mendapatkan hasil yang lumayan. 

KAWASAN TANAMAN

Tanaman keladi boleh ditanam dikebanyakkan jenis tanah tetapi untuk pertumbuhan yang baik dan subur ianya sesuai ditanam di tanah yang bersaliran baik dan dalam beserta paras air yang tinggi serta kaya dengan bahan organik.

Ia memerlukan kawasan tanah yang sesuai iaitu subur dan mempunyai saliran yang baik. Tanah gambut dan tanah lom berpasir mempunyai ciri-ciri tanah yang dinyatakan kerana ia sesuai ditanam dengan keladi bagi pembentukkan umbisinya.

Sebaiknya, tentukan kawasan tanaman di mana sinaran matahari melebihi 6 jam.

keladi

ANAK BENIH KELADI

Anak benih sebaiknya disediakan awal. Ia boleh diperolehi daripada pokok induk yang sediaada dan berkualiti atau anda boleh membeli anak benih daripada pembekal.

Anak pokok dan keratan umbisi dari induk keladi yang telah berumur 5-7 bulan boleh digunakan sebagai bahan tanaman.

Pastikan anak benih yang dipilih hendaklah subur dan tidak berpenyakit.

Bahan tanaman anak pokok boleh didapati dari pokok induk yang telah berumur tiga bulan dengan mencabut anak pokok tersebut.

Keratan umbisi tersebut boleh disemai terlebih dahulu sebelum ditanam di ladang. Setelah tangkai daunnya mencapai ketinggian kira-kira 20-30 cm ataupun apabila benih ini mempunyai 2 atau 3 helai, ia bersedia untuk dipindahkan ke ladang.

keladi

PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN

Tapak tanaman haruslah dibersihkan dahulu dengan membersihkan semak samun dan penebangan pokok. Biarkan kering dan bakar. Jentera boleh digunakan untuk membajak.

Tujuan membajak tanah atau membuat batas adalah untuk menggemburkan tanah supaya pembentukkan ubi keladi mudah untuk berlaku.

gembur tanah

PENANAMAN

Gali lubang sedalam 5 ke 7 cm, kemudian letakkan anak  ke dalamnya dan ditimbus. Dinasihatkan agar daun keladi dipotong bagi mengurangkan pepeluhan dan untuk mengelak dari reput atau busuk.

Jarak barisan pokok ialah antara 90 ke 120 cm di antara satu sama lain dan jarak dalam barisan ialah 30-45 cm.

Sepanjang pokok keladi membesar, daun tua akan gugur manakala ubinya akan bertambah besar dan panjang. Sulur-sulurnya hendaklah dibuang dan tanah ditepi pokok hendaklah dinaikkan supaya menutupi bahagian ubi yang terdedah.

KAWALAN RUMPAI

Pengawalan rumpai perlu dijalankan seawal 3 bulan pertama.

Kebiasaannya, pengawalan rumpai dijalankan secara manual iaitu dengan menggunakan tangan.

Cabut segala rumpai disetiap keliling anak pokok keladi dan lorong besar.

Jangan biarkan keladi anda dipenuhi rumput supaya pokok keladi anda membesar dengan baik.

Sebelum kerja penanaman dijalankan, dinasihatkan agar penyemburan racun kulat dilakukan bagi mengelakkan pertumbuhan rumput yang serius.

MEMBAJA

Baja boleh diberikan semasa menanam. Pembajaan ke-2 boleh dilakukan setelah 3 hingga 4 bulan penanaman.

Berikan baja dengan menggunakan baja kompoun cap kuda singa 15:15:15 dengan kadar 15gm/pokok, tabur baja disekeliling pokok dengan jarak 3 ke 4 cm.

Sekiranya pertumbuhan masih tidak menggalakkan, penambahan baja perlu dilakukan.

Pengairan yang baik serta pembajaan dalam kuantiti yang yang mencukupi perlu bagi mempercepatkan pengeluaran hasil.

PENUAIAN

Kebiasaannya, ia boleh dituai bermula dari 8 hingga 12 bulan selepas penanaman bergantung kepada jenis varieti.

Ubi yang sudah matang dan membentuk sepenuhnya boleh dituai dengan mencabut atau menggali dengan cangkul.

Setelah mencabutnya pokok, buang tanah yang terlekat pada umbisi dengan menggunakan pisau secara mengiring dan tarik menggunakan belakang pisau tersebut supaya umbisi tidak tercedera.

Untuk peralatan dan input pertanian boleh cuba lihat di kedai online MYAGRI CONSULTING

Manakala untuk kursus pertanian secara online boleh layari STARTUP MYAGRI

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Keladi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply