MAS COTEK

MAS COTEK

Mas Cotek atau nama saintifiknya Ficus deltoidea berasal dari keluarga Moraceae. Ia sejenis tumbuhan yang menumpang di atas pokok yang lain (epifit). Namun, pokok Mas Cotek juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.

Nama Mas Cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.

Nama Mas Cotek merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Namun, tumbuhan ini dikenali sebagai ‘sempit-sempit’ di Sabah dan Sarawak.

Pokok ini merupakan sejenis pokok herba yang popular digunakan dalam perubatan Melayu.

Dikatakan, hampir keseluruhan komponen pokok ini termasuk daun, buah, batang, akar mengandungi khasiat perubatan yang tinggi.

Pokok yang cukup matang biasanya akan dicabut keseluruhan pokok kerana bahagian-bahagian tersebut lazimnya digunakan untuk dijadikan pelbagai produk bahan kesihatan.

Hasil kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjumpai bahawa tumbuhan ini 4 bahan aktif yang terdiri daripada;

i. Flavonoid
ii. Tannis
iii. Triterpenoids
iv. Phenols

Pokok ini boleh didapati dalam dua jenis iaitu Mas Cotek jantan dan juga Mas Cotek betina. Perbezaan dari keduanya ialah pada bentuk daun. Mas Cotek jantan lebih kecil, tirus, nipis dan ringan berbanding dengan betina. Titik merah juga boleh dijumpai dibelakang daun Mas Cotek jantan.

Bagi Mas Cotek jenis betina pula, bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakkan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta ianya lebih tebal jika dibandingkan dengan spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang namun ianya berwarna hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas pada bahagian permukaaan daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

Ia boleh dibiakkan melalui;

1. Biji benih
2. Keratan bahagian ranting
3. Keratan berpucuk muda

Penggunaan keratan ranting pucuk muda didapati paling popular kerana pertumbuhannya lebih cepat dan menjamin ketulenan baka.

Keratan ranting muda sedia untuk ditanam di ladang selepas 7-8 minggu di petak semaian. Bagi tanaman dari biji benih ia memerlukan 12 hingga 14 minggu selepas penyemaian.

CARA PENANAMAN

Ia boleh dibiakkan sama ada dengan menggunakan anak benih atau keratan batang.
Jarak tanaman untuk pokok ini ialah 1.2 m di antara pokok dalam baris dan 2 m antara baris.

PEMBAJAAN

Bagi tanah berpasir, dua jenis baja yang disyorkan ialah baja najis ayam sebagai baja asas sebelum menanam dengan amaun 10 t/ha manakala 2 t/ha baja sebatian NPK 10:10:10.

Ia perlu diberikan setiap 6 bulan pada kadar 10 tan/ha.

PENUAIAN HASIL

Secara tradisi, penuaian mas cotek adalah dengan mencabut keseluruhan pokok. Penuaian juga boleh dilakukan dengan memotong rendah pada tahap ketinggian 30 cm dari aras tanah dan ia boleh dituai setiap 4-5 bulan sekali.

PENGENDALIAN SELEPAS TUAI

Buah Mas Cotek biasanya dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasar atau diproses untuk dijadikan ubat. Bahan basah Mas Cotek dikatakan mengandungi getah yang boleh menyebabkan keracunan jika diambil secara segar.

Kebiasaannya, buahnya dijemur anggaran 4 ke 5 hari dibawah pancaran matahari sebelum diproses atau disimpan di tempat yang kering untuk jangka masa yang tertentu.

KHASIAT

Mas Cotek sangat terkenal penggunaannya dalam dunia perubatan tradisional. ianya biasa digunakan untuk merawat dan mengekalkan tahap kesihatan seperti;

  • Membaiki peredaran darah
  • Merawat paru-paru berair
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Lemah jantung
  • Cirit-birit

Penggunaan pokok herba ini secara tradisional masih dikaji. Walau bagaimanapun, penyakit yang dinyatakan di atas, keberkesanannya masih belum dibuktikan secara saintifik.

Jika anda mahukan lagi maklumat berkenaan mas cotek, anda boleh klik artikel ini Siri Herba Malaysia: Mas Cotek

Untuk peralatan dan input pertanian boleh cuba lihat di kedai online MYAGRI CONSULTING

Manakala untuk kursus pertanian secara online boleh layari STARTUP MYAGRI

Kongsikan!
This entry was posted in Mas Cotek and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply