PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT NENAS

Nenas (Ananas comosus) adalah tanaman industri yang penting di Malaysia dimana Malaysia ada tersenarai dalam 11 buah negara pengeksport nenas segar utama dunia. Ini berkait dengan tanaman nenas terutama varieti baru MD2 yang mendapat pasaran domestik dan eksport semenjak ia diperkenalkan slepas beberapa varieti nenas lain seperti Nenas Morris, Nenas Gandul, Nenas N36, Nenas Josapine, Nenas Maspine, nenas Morris Gajah dan Nenas Yankee. Dengan itu, pengurusan perosak dan penyakit nenas adalah penting dalam mengekalkan kualiti buah dan pasaran dunia.

SERANGGA PEROSAK

PENYAKIT
1. Reput perdu/reput pangkal (Thielaviopsis paradoxa – sejenis kulat)
Reput ini terjadi apabila bahan tanaman yang lembap dilonggokkan. Merebak
dari pangkal pokok ke hujung daun dengan bau seakan ester. Perdu yang reput
bertukar menjadi kelabu. Susun bahan tanaman dengan elok dan jangan
dibiarkan terlalu lembab. Rendam bahan tanaman selama 2 jam dengan
benomyl atau rendam bahan tanaman dalam larutan bordeaux
(kumprum sulfat: kapur: air : 4:5:40)

2. Reput Teras Erwinia (Chrysanthemi – sejenis bakteria)
Tanda-tanda serangan dikesan diantara 4-8 bulan selepas ditanam. Jangkitan
bermula dengan tompok-tompok berair dari pangkal daun. Terdapat gelembung
gas dan bau di bahagian yang reput. Jangkitan ini menyebabkan keseluruhan
teras boleh ditanggalkan dari pokok dengan mudah. Jalankan pembersihan
kawasan dan amalan kultura yang betul serta sistem saliran yang sempurna.

3. Buah hantu Erwinia chrysanthemi – sejenis bakteria)
Tanda-tanda serangan dikesan pada buah sebelum 2-3 minggu dijangka masak,
juga pada buah muda. Cecair banyak keluar pada celah-celah anak buah
berserta dengan gelembung gas. Serangan teruk mengakibatkan dalam buah
tinggal rangka serabut.

Buang pokok yang diserang penyakit ini. Kawalan ke atas semut yang terdapat
di kawasan yang diserang bagi mengelak penyakit berjangkit ke tanaman sihat.
Kawalan semut boleh mengurangkan kejadian serangan sehingga 50-70%.
Tanam varieti yang rintang seperti Sarawak dan Smooth Cayenne.

4. Mata dalam (Penicillium funiculosum – sejenis kulat)
Jangkitan terjadi pada peringkat pembetukan bunga kira-kira 4-5 minggu selepas
aruhan pembungaan. Kulat ini menyebabkan tisu dinding ovari menjadi keras
berwarna coklat dan bergabus kadangkala merebak ke bahagian empulur. Serangan teruk menyebabkan buah terbantut.

Penyakit Mata Dalam Nenas

Sehingga kini tiada syor kawalan yang sesuai melainkan menjalankan langkah-langkah
seperti berikut:-
– mengawal lalat dengan racun serangga semasa pembungaan.
– mengurangkan baja nitrogen.
– menyembur campuran bordeaux pada pokok yang menunjukkan kekurangan
kuprum.

 

5. Pecah Tangkai (Fisiologi)
Pecahan mendatar pada ruas tangkai kira-kira 1-2 cm dari pangkal buah.
Akibatnya pembesaran buah tidak sekata dimana buah kelihatan membengkok
ke arah bahagian yang pecah. Bagi mengurangkan kejadian ini sembur
dengan kumprum sulfat dan jangan menyiram larutan NAA dengan kepekatan
yang tinggi.

Bagi artikel lebih lanjut berkenaan teknologi pemilihan benih nenas yang baik boleh klik disini dan bagi artikel berkenaan tisu kultur nenas boleh klik disini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in penyakit dan perosak nenas and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply