KELAPA LAUT

Pokok Kelapa Laut atau dalam bahasa Inggerisnya Coco De Mer ialah sejenis pokok palma. Suatu ketika dahulu, pokok ini boleh didapati di Pulau St Pierre, Pulau Chauve-Souris dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles tetapi kini ia hampir pupus. Namun,langkah pemulihan telah diambil dengan menjadikan pokok ini sebagai salah satu spesies nadir yang terlindung. Ia ditanam di Seychelles untuk memulihara kembali spesies ini.

Di Malaysia, ia turut dikenali sebagai pokok tal, pokok lontar, pokok tah, pokok tai, pokok ental dan pokok etal. Ia boleh didapati di negara Asia seperti India, Myanmar dan juga Thailand. Tumbuhan ini hanya terdapat tumbuh liar di Perlis, Kedah dan juga Kelantan. Ia yang juga dikenali sebagai Borassus flabellifera sebagai nama saintifik banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi.

Pokok Kelapa Laut

Pokok ini tumbuh sehingga 25 hingga 34 meter tinggi. Daun-daunnya berbentuk kipas mempunyai panjang 7 hingga 10 meter dan selebar 4.5 meter. Dikatakan bahawa waktu dahulu kala, bahagian daun tal digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh boleh digunakan untuk membuat tikar, topi, kipas, beg dan bakul terutamanya di kawasan kampung pedalaman. Di Malaysia, kelapa laut dikenali kerana ia dijadikan sebagai ubat batuk. Selain itu, air kelapa laut biasa dijual digerai-digerai dimana penjual meletakkan buah kelapa laut ditepi gerai bagi menarik perhatian para pelanggan.

Air buah Kelapa Laut

Buah Kelapa Laut menghasilkan buah atau biji yang besar dalam alam tumbuhan. Buahnya berbentuk bulat dengan diameter buah yang matang sekitar 40 hingga 50 cm dan anggaran berat antara 15 hingga 30 kilogram. Buahnya yang matang mempunyai warna kulit ungu gelap dengan sedikit hijau dibahagian tangkai. Satu tangkai mengeluarkan sebanyak 3 hingga 10 biji pada satu tandan namun bergantung kepada umur pokok dan juga kesuburan tanah. Dinyatakan dalam beberapa laporan bahawa buah ini memerlukan 6 hingga 7 tahun untuk mencapai tahap kematangan malah lagi dua tahun untuk bercambah.

Buah Kelapa Laut

Buah Kelapa Laut juga dipanggil sebagai ‘double coconut’ atau kelapa kembar. Ia mempunyai khasiat untuk merawat pelbagai penyakit. Ia dikatakan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Terdapat laporan menyatakan bahawa nira yang diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula atau todi sama seperti pokok kelapa biasa. Di Laos, buahnya dihancurkan dan cecair yang dihasilkan itu diperah keluar bagi mengubati bisul. Di Kemboja, bahagian batang daun digunakan bagi melawaskan kencing. Berbeza di Jawa, mereka menggunakan jambak bunga jantan manakala di India ialah bahagian umbut dan akar bagi tujuan yang sama.

Kongsikan!
This entry was posted in Kelapa Laut and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply