CARA-CARA MEMBUAT SANDWICH

     Sandwich merupakan makanan yang amat mudah disediakan dan menjadi snek kegemaran sepanjang masa. Apa itu sandwich? Sandwich atau nama lainnya ‘roti lapis’ ialah apa sahaja bahan makanan yang diapit oleh dua keping roti yang bertindak sebagai penyepit makanan. Sandwich berasal daripada nama golongan bangsawan Earl of Sandwich ke 4 iaitu John Montagu yang berminat main daun terup dan tidak mahu permainannya terganggu kerana perlu berhenti untuk makan. John Montagu telah mencipta sandwich apabila mendapat inspirasi semasa lawatan beliau ke kawasan timur Eropah apabila melihat masakan mereka banyak menggunakan roti naan dan juga pita. 

  Pelbagai variasi sandwich yang dapat di hasilkan bergantung kepada citarasa seseorang itu dan sandwich yang paling popular dan mudah di buat ialah Sandwich telur dan tuna mayo atau sardin. Bahan-bahan untuk membuat sandwich ini mudah untuk didapati dan murah.

   Bahan-bahan asas untuk membuat sandwich telur ialah telur rebus, mayones, lada hitam, garam dan roti. Tambahan sayuran seperti tomato,timun atau salad untuk menjadikan sandwich lebih berkhasiat.  Bahan –bahan ini bergantung kepada kapasiti keperluan hidangan.

Resepi untuk sandwich telur :

Bahan-bahan: Inti : 

Telur ayam 5 biji – direbus

mayones – 2 sudu besar

serbuk lada hitam – secubit

garam

Cara-cara penyediaan

Kupas telur ayam yang telah direbus dan hancurkan sehingga lumat

Masukkan mayonis, lada hitam dan garam secukup rasa

Gaulkan kesemua bahan.

Sapukan roti dengan majerin/butter. Letakkan salad, tomato atau timun di atas roti kemudian letakkan bahan yag sudah digaulkan dan di kepitkan dengan roti.

Resepi untuk sandwich Tuna mayo :

Bahan-bahan: Inti

1 tin tuna dalam tin – ditapis minyak

200 gram mayones

1 biji bawang besar – dipotong halus

Sedikit perahan lemon

Cara-cara penyediaan :

Gaulkan tuna, mayones, bawang besar dan sedikit perahan lemon.

Sapukan roti dengan majerin/butter. Letakkan salad, tomato atau timun di atas roti kemudian letakkan bahan yag sudah digaulkan dan di kepitkan dengan roti.

Resepi untuk sandwich sardin :

*digalakkan untuk memasak sardin terlebih dahulu

Bahan-bahan: Inti

1 tin tuna dalam tin – ditapis minyak dan di lumatkan

200 gram mayones

1 biji bawang besar – dipotong halus

Sedikit perahan lemon

*sedikit cili merah untuk penambah rasa pedas (bergantung pada cita rasa)

Cara-cara penyediaan :

Panaskan kuali, masukkan bawang besar yang telah dipotong, tumis sehingga wangi dan masukkan sardin yang telah dilumat.

Masukkan cili merah dan perahkan sedikit lemon sebelum tutup api.

Sapukan roti dengan majerin/butter Letakkan salad, tomato atau timun di atas roti kemudian letakkan bahan yag sudah digaulkan dan di kepitkan dengan roti.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Resepi, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply