RESEPI ITIK TELUR

Pengeluaran itik telur semakin bertambah di atas permintaannya yang semakin tinggi di pasaran. Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang berkualiti dengan beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya lebih rendah dan warna kuning telurnya yang pucat. Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur itik tersebut.

    Terdapat sajian esotik iaitu telur itikyang terkenal di Filipina yang di beri nama Balut, iaitu embrio itik yag dieram tidak melebihi tempoh 14-15 hari. Telur itik kemudian akan di rebus sehingga matang sebelum di saji. Cara memakan telur balut ialah di mana hujung telur di kupas terlebih dahulu untuk menghirup kuah di dalam telur,

kemudian dimakan kuning telurnya sebelum akhir sekali memakan embrio itik. Penggemar makanan balut menggambarkan rasanya seperti sup ayam. Balut dikatakan mempunyai banyak protein dan bagus untuk stamina. Namun terdapat isu mengenai adakah ‘halal’ untuk memakan balut kerana anak itik yang belum disembelih. Sebagai umat Islam kita tidak digalakkan untuk memakan benda yang syubhah.

   Resepi telur itik yang paling digemari oleh rakyat Malaysia ialah telur itik masak lemak cili api, menggunakan bahan-bahan seperti:5 biji telur itik, 1 kotak santan kotak,1 keping asam keping,garam, gula. terdapat bahan yang perlukan dikisar dahulu dan bahan-bahannya ialah 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit hidup, 1 tangkai cili hijau, 1 tangkai cili padi merah, 6 tangkai cili padi, 8 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Semua bahan yang dikisar di masukkan kedalam kuali yang telah di panas kan terlebih dahulu. Kemudian di masukkan santan dan biarkan kuah mendidih sebelum memasukkan telur itik satu persatu. Akhir sekali masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

  Terdapat juga resepi yang menggunakan telur itik yang sangat disukai orang Malaysia iaitu Telur Asin. Terdapat dua cara untuk membuat telur asin, pertama ialah cara yang paling mudah iaitu merendam telur itik dalam air garam selama 2 sehingga 3 minggu. Cara ialah masuk kan garam dalam air secukupnya, didihkan air sehingga garam larut, kemudian sejukkan air garam sebelum dimasukkan kedalam bekas yang berisi telur itik yang sudah disusun. Tidak di galakkan merendam telur itik terlalu lama kerana takut telur akan terlebih masin.  

 Cara kedua membuat telur asin ialah dengan menggunakan batu bata atau abu gosok (abu tumbuhan), prosedurnya lebih sama dengan cara pertama tetapi menggunakan batu bata yang telah di pecahkan sehingga hancur . Telur itik yang diggunakan harus yang baik dan di bersihkan terlebih dahulu, kemudian digaulkan didalam batu bata yang telah dihancurkan bersama larutan garam. Telur yang telah gaulkan kemudiannya di masukkan kedalam bekas kedap udara selama 2 minggu sebelum di sajikan.  

         

   Sajian telur itik sangat sedap untuk dimakan namun tidak digalakkan untuk di makan selalu kerana tinggi kandungan garam dan kolestrol yang boleh membahayakan kesihatan. 

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in itik penelur and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply