JENIS TUMBUHAN PARASIT

 Pernah melihat tumbuhan yang hidup menumpang diatas tumbuhan lain? Walaupun tumbuhan ini berkongsi persamaan dengan menumpang hidup pada tumbuhan lain, namun untuk pengetahuan semua, setiap tumbuhan tersebut mempunyai pengelasannya yang tersendiri iaitu parasit, saprofit dan epifit? Apakah yang dimaksudkan dengan tumbuhan parasit, saprofit dan epifit ini?

    Parasit ialah perkataan yang biasa kita dengar, tumbuhan ini hidup menumpang pada tumbuhan lain, dan mengambil nutrisi daripada pokok tumpangannya Tumbuhan parasit akan mendapat banyak kelebihan dengan membesar lebih cepat dan subur. manakala pokok induk yang ditumpanginya  akan kekurangan nutrisi dan mati. Terdapat beberapa kategori parasit antaranya ialah parasit fakulatif (hanya menggunakan separuh daripada nutrisi pokok induknya kerana boleh melakukan proses fotosintesis – contoh :mistletoe), parasit obligatif (parasit yang mengambil kesemua nutrisi daripada pokok tumpangannya-  contoh: refflesia).

Tumbuhan saprofit ialah tumbuhan yang tumbuh pada hidupan yang telah mati, tumbuhan saprofit membantu proses pembusukan dan juga membantu mengeluarkan zat-zat yang lebih sederhana dan membantu menyuburkan tanah dan dimanfaatkan kepada hidupan yang lain. Tumbuhan saprofit tidak mempunyai zat tumbuhan hijau dan mendapatkan makanan daripada bahan organik seperti organisme yang telah mati dan membusuk. Tumbuhan ini tidak mendatangkan keuntungan dan juga merugikan kepada tumbuhan yang telah di tumbuhi oleh tumbuhan saprofit. Contoh tumbuhan saprofit yang dikenali ramai ialah cendawan.

    Akhir sekali tumbuhan epifit, yang bermaksud tumbuhan yang hidup pada tumbuhan lain, tetapi ia mencari makanan sendiri dengan kebergantungan sumber air dan mineral dari udara sekitarnya. Walaupun tumbuhan epifit tidak menganggu nutrisi pokok tumpanganya, tetapi masih lagi terjadinya persaingan dalam mendapatkan cahaya kerana tumbuhan epifit boleh membesar dengan sangat besar dan menutup cahaya terus kepada pokok . Contoh tumbuhan epifit yang terkenal ialah langsuyar dan orked.

  Walaupun parasit dikenali sebagai tumbuhan yang menumpang pada tumbuhan lain, namun terdapat beberapa kelebihan tumbuhan parasit seperti menjadi tanaman hiasan dan juga sesetengah yang boleh dimakan.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Cendawan, Tanaman Hiasan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply