KEBAIKAN DAGING KAMBING BERBANDING DAGING LAIN

  Daging merupakan makanan utama penduduk dunia kecuali kepada mereka yang mengamalkan pemakanan vegan (hanya memakan buah-buahan dan  sayur-sayuran sahaja dalam diet pemakanan mereka). Berdasarkan piramid makanan tubuh badan kita memerlukan nutrisi yang lengkap seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan juga mineral. Makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging, kekacang dan tauhu. Protien diperlukan untuk pertumbuhan terutamanya membina sel baru atau menggantikan sel yang rosak.

  Ramai masih keliru diantara kambing (mutton) dan juga biri-biri (lamb) kerana kurang pendedahan terhadap jenis daging ternakan ini. Perbezaan paling ketara ialah pada bulu kambing dan biri-biri serta daging dan ramai beranggapan daging biri-biri sama seperti daging kambing. Menurut kajian Alabama Cooperative Extension System (ACES) daging kambing mempunyai kalori dan lemak tepu yang lebih rendah berbanding daging yang lain.

 Berdasarkan berat daging sebanyak 85 gram, berat lemak setiap daging disusun mengikut tertib menaik telah mendapati kambing mempunyai berat lemak sebanyak 2.6gram, ayam 6.3gram, lembu 7.9gram, biri-biri (lamb) 8.1gram, khinzir 8.2gram. Manakala dari segi kalori, kambing mempunyai kalori yang lebih rendah sebanyak 122 kal, ayam 162 kal, lamb 175 kal, daging lembu 179 kal dan khinzir 180 kal. Ini menunjukkkan daging kambing merupakan alternatif daging merah yang terbaik.

Terdapat kenyataan negatif yang mengatakan daging kambing tidak baik untuk kesihatan dan salah-satu penyumbang utama untuk sakit jantung. Kenyataan ini adalah salah, daging kambing mempunyai lemak tepu yang paling rendah  dan lemak tidak tepu yang paling tinggi berbanding daging merah yang lain dan dapat membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok disamping mengurangkan atherosclerosis.(penyakit dinding arteri tersumbat kerana lemak). Disebabkan kandungan lemak dan kalorinya rendah maka daging kambing juga bagus untuk mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti.

  Buat penghidap penyakit anemia  (kekurang zat besi untuk penghasilan darah merah yang bermutu) daging kambing mengandungi asid amino dan zat besi yang lengkap sesuai untuk penghidap anemia amalkan.

   Jika daging kambing membawa banyak kebaikan begitu juga dengan susu kambing, susu kambing memiliki globular lemak yang lebih kecil berbanding susu lembu dan ini membantu mengatasi masalah alergi susu. Dan susu kambing ini juga memiliki zat mineral yang lebih tinggi berbanding mamalia yang lain dan dapat membantu penghidap anemia.

   Kini daging kambing menjadi ramai pilihan kerana terbukti kebaikan dan  rasanya yang lebih sedap dan berjus terutama lepas diperap. Tambahan daging kambing nampak lebih esklusif kerana permintaan dan juga harganya yang agak mahal di pasaran.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Kambing, Susu Kambing and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply