PUTRI MALU

pokok semalu

Berdasarkan tajuk di atas ramai tertanya-tanya apakah itu “putri malu” atau nama yang paling dikenali masyarakat kita ialah Pokok Semalu. Terdapat banyak nama panggilan untuk pokok semalu dan nama santifik yang dikenali ialah Mimosa Pudica, namun terdapat panggilan nama lain iaitu Makahiya (diambil dari perkataan Fillipino  – Hiya bermaksud pemalu/ malu) manakala nama mudah dalam Bahasa Inggeris ialah “Shameplant” atau “Touch Me Not” plant

  Bersesuai dengan nama yang di berikan iaitu Putri Malu, tumbuhan ini akan menutup daunnya apabila tersentuh dengan sesuatu. Tindak balas khas ini bertujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada serangan haiwan herbivor. Tumbuhan yng mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau putih ini hidup meliar dan senang membiak di kebanyakan kawasan dan menyebabkan ramai orang terlepas pandang. Tumbuhan ini membawa banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan yang tidak di ketahui orang ramai.

  Beberapa senarai manfaat yang boleh didapati daripada daun dan akar pokok Putri Malu, seperti mengubati batuk dan juga kahak. Caranya begitu mudah dengan merebus daunnya dan air rebusan itu diminum. Kebaikan lain ialah untuk bengkak dan juga luka, caranya dengan menumbuk lumat daun putri madu sehingga menjadi pes dan letakkan di tempat yang bengkak atau luka. Akarnya juga boleh digunakan untuk penyakit kulit dan kesan gigitan serangga.

   Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang berkaitan dengan penyakit hati juga boleh di ubati dengan mengamalkan air rebusan Putri Malu disamping itu air rebusannya juga dapat membantu membuang toksin didalam badan. Bagi yang menghadapi masalah Insomnia(kesukaran untuk tidur) boleh mengamalkan air rebusan  daun Putri Malu yang di hancurkan. Sila amalkan selama 20 hari untuk membetulkan keadaan kesukaran untuk tidur dan sekali gus juga dapat membantu menegelakkan daripada depressi.

   Banyak kajian telah dijalankan oleh penyelidik, selain  semua kebaikan untuk penyakit di atas tumbuhan Putri Malu sangat bagus untuk masalah ginekologikal (khusus untuk perawatan kaum wanita).  Asma juga boleh di rawat dengan meminum air rebusan Putri Malu.

    Walaupun Putri Malu, mempunyai banyak khasiat, kita di nasihatkan untuk merujuk kepada pakar herbalis dahulu untuk memastikan dos yang betul dalam penghasilan ubat daripada Putri Malu . Selain itu sebelum memakan sebarang tumbuhan liar kita digalakkan untuk merujuk kepada pakar herbalis atau doktor untuk mengetahui kaedah yang betul kerana jika salah ia boleh memudaratkan dan menyebabkan sebarang kompilasi berbahaya kepada sesetengah orang.

 Jadilah seperti tumbuhan Putri Malu walaupun kecil tetapi mempunyai banyak manfaat yang boleh digunakan oleh semua.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Herba and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply