Maksud sebenar Fertigasi?

Fertigasi ini merupakan satu kaedah pengagihan baja dalam bentuk larutan.

Dan pembajaan di dalam bentuk larutan ini diberikan terus ke akar pokok melalui sistem pengairan.

Fertigasi ini juga merupakan dua perkataan Inggeris yang dimelayukan bagi memudahkan pemahaman rakyat Malaysia atau pun layman term.

Fertigasi adalah cantuman dua perkataan Inggeris iaitu Fertilizer bermaksud pembajaan dan Irrigation bermaksud pengairan.

Dalam bahasa mudah dalam fertigasi ini kita bagi baja dalam bentuk air atau larutan atau pin baja air.

Done makna fertigasi ini.

Di Malaysia fertigasi ini diiktiraf sebagai satu teknologi penanaman tanpa tanah atau soilless culture.

Sebenarnya salah fahaman ini.

Tapi tidak jadi masalah pun, tidak menjadi kudis pun dalam pertanian.

Cuma kadang – kadang term ini akan menjadi masalah apabila permohonan pinjaman, geran atau melibatkan perundangan.

Sebelum kita pergi lagi deep kita balik semula pada fundamental.

Penanaman tanpa tanah atau pun soilless culture atau pun hidroponik merupakan benda yang sama.

Tapi fahaman di Malaysia, hidroponik adalah menanam pokok dalam air.

Manakala fertigasi tanam pokok dalam media.

Fahaman ini tak betul, tak jadi kudis pun tapi bila melibatkan permohonan pinjaman, geran atau melibatkan perundangan terma ini penting.

Hidroponik ini terbahagi kepada dua iaitu tanpa agregat (tanpa media) dan beragregat (ada media). Artikel seterusnya kita libat hidropnik secara detail. Artikel ini kita fahamkan dulu terma – terma ini.

Dalam hidroponik beragregat ini tanam pokok dalam bekas tanaman seperti pasu atau polibeg dan menggunakan media selain daripada tanah seperti coco peat, rock wool, sekam padi bakar dan sebagainya.

Fertigasi ini wujud bersama – sama hidroponik beragregat atau bermedia. Di mana kaedah fertigasi ini digunakan sebagai kaedah untuk menyalurkan air dan baja ke pokok melalui drip irrigation.

Dalam hidroponik beragregat ada lagi displin lain seperti EBB and FLOW. Di mana sistem EBB and FLOW tidak menggunakan drip irrigation. Jangan risau artikel lepas ini kita detailkan.

So kesimpulannya, fertigasi ini merupakan satu kaedah mengagihkan baja dalam bentuk larutan kepada tanaman melalui drip irrigation yang diguna pakai dalam penanaman hidroponik beragregat.

Kenapa saya tekankan terma ini?

Sebab ada satu kes classic?

Usahawan buat projek penanaman fertigasi berasaskan tanah. Di mana dia tanam pokok atas tanah tapi gunakan sistem fertigasi bagi memberikan baja dan air kepada pokok. Dia apply geran fertigasi. Syarat utama geran mesti tanam secara fertigasi. Pada mulanya permohonan dia tidak diluluskan kerana fahaman di atas.

Fertigasi mesti tanam dalam polibeg bukan atas tanah.

Kalau ikut terma dia sudah qualified sebab dia sudah menjalankan projek fertigasi.

Jadi kalau isi tanah dalam polibeg dan pakai sistem fertigasi adakah boleh dipanggil fertigasi??? Tanah lagi murah berbanding coco peat…

So di mana silapnya. Silapnya pada pemahaman terma – terma ini.

Tapi untuk memudahkan pemahaman kita boleh gunakan fertigasi sebagai penanaman tanpa tanah.

Tapi apabila melibatkan urusan rasmi penggunaan terma ini kena tepat. Penting bagi mereka yang ingin mohon pinjaman, geran serta bagi mereka yang terlibat dalam membuat dasar.

Artikel masa depan kita cerita detail pasal hidroponik dan displin di bawahnya.

P/S: Lama tak dapat pelawaan menulis di MYAGRI ini. kikiki.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, fertigasi gantung. Bookmark the permalink.

Leave a Reply