HIDROPONIK

Hidroponik terbahagi kepada dua displin iaitu non-aggregate culture dan aggregate culture.

Non-aggregate culture bermaksud penanaman tanpa media atau dalam air baja.

Manakala aggregate culture bermaksud penanaman dalam media.

Di bawah non-aggregate culture terdapat 2 bahagian dengan teknik aplikasi air baja tertentu:

  1. Water culture
  • Nutriet Film Technique, NFT
  • Deep Flow Technique, DFT
  • Floating capillary Hydroponics, FCT

2. Spray culture

  • Spray culture
  • Semi-spray culture

Di bawah aggregate culture terdapat 2 bahagian dengan teknik – teknik tertentu mengikut jenis media dan bekas tanaman:

  1. Aggregate culture in troughs
  1. Sand culture
  2. Gravel culture
  3. Vermiculite culture
  4. Perlite culture
  5. Peat moss
  6. Haydite culture
  7. Sawdust culture
  8. Ricechaff culture
  9. Coco peat
  10. Lain – lain media

2. Aggregate culture in bags – sama juga seperti di atas mengikut jenis media.

Jadi mana kedudukan fertigasi ini.

Fertigasi terletak di bawah Aggregate culture, di mana teknik fertigasi menggunakan drip irrigation digunakan untuk memberikan air baja ke pokok.

Lebih tepat di bawah aggregate culture in bag.

Selain daripada itu ada juga teknik-teknik lain yang digunakan untuk memberikan air baja kepada pokok di bawah Aggregate culture ini.

Boleh nak pergi satu per satu secara detail. Tapi baik aku tulis buku jer. hahaha.

Kalau korang nak aku tulis lebiih detail pasal teknik – teknik ini sila komen kat ruangan komen ok.

Tapi kalau nak pilih teknik mana nk pakai di Malaysia.

Jawapan dia lihat kos pembangunan sistem dan kos maintenance. Kos mana yang efektif dulu. Baru tengok berapa banyak yield yang boleh dihasilkan oleh setiap sistem.

Di malaysia yang semakin popular adalah Nutriet Film Technique, NFT.

So harap korang semua faham apa fertigasi yang sebenarnya.

Next artikel mungkin nak sembang pasal kos fertigasi pulak.

P/S: Musim – musim PKP selalu insomia itu yang tulis artikel jenis blog ini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Hidroponik and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply