FERTIGASI:KOS

Kos merupakan sesuatu yang subjektif.

Kos bergantung kepada lokasi projek dan kadar penghantaran.

Namun begitu kos merupakan perkara pertama yang perlu dikaji sebelum memulakan sesuatu projek.

Kali ini kita nak sembang berkenaan kos projek fertigasi.

Baru – baru ini ada rakan minta tolong kirakan kos projek fertigasi untuk 5 ekar.

So saya ambil pula untuk simplify kan kos fertigasi bagi skala 1000 polibeg bagi tanaman cili kulai.

Fertigasi cili 1000 polibeg ini merupakan kos yang paling popular dalam industri sekarang ini, terutama bagi mereka yang baru nak berjinak – jinak dengan projek fertigasi.

Rasa – rasanya anda pun mesti pernah minta sebut harga atau quotation daripada pembekal?

Rata – rata pembekal mesti buka harga RM 20,000 atau RM 20 K untuk 1000 polibeg.

Ramai rasanya yang ambil pakej RM 20 K.

Jadi berbaloi atau tidak 20 K?

Sebelum kita pergi lebih detail anda kena faham kos adalah subjektif, bergantung kepada lokasi, kadar penghantaran, permintaan dan pembekal sendiri.

Bagi pengiraan kos di bawah ini, saya menggunakan senarai harga diperolehi daripada hardware dan 3 kedai pertanian di kawasan sekitar Kajang, Serdang dan Semenyih.

Lokasi projek terletak di Semenyih.

Keluasan projek adalah 80′ x 120′ just nice untuk 1000 polibeg , garaj 10′ x 10′ dan rumah semaian 10′ x 10′.

Kos projek fertigasi meliputi kos pembangunan dan kos operasi.

Kawasan projek merupakan kawasan semak samun dan tiada pokok besar. Kerja penyediaan kawasan melibatkan kerja memotong rumput menggunakan bush cutter dan meracun rumpai. Tapak projek telah rata sepenuhnya kerana berhampiran dengan kawasan lot banglo. Hanya perlukan pagar parameter untuk melindungi tanaman daripada lembu, kambing dan haiwan liar.

Kebiasaanya projek fertigasi dengan 1000 polibeg terletak berhampiran rumah pengusaha atau kawasan yang sudah mempunyai infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik. Jadi kos pembangunan kawasan juga rendah. Elektrik ditarik daripada rumah sendiri ke tapak projek.

Kos yang penting dalam kos pembangunan adalah kos sistem pengairan fertigasi, tiang sokongan, tray semaian dan jet spray. Ini merupakan elemen – elemen yang penting. Elemen ini asas kepada pelaksanaan projek. Wajib ada baru projek boleh jalan. Jet spray itu boleh digantikan dengan pam meracun galas bateri dengan harga sekitar RM 250. Saya lebih suka gunakan power spray tak perlu nak galas – galas tong lagi.

So total kos pembanguana wajib adalah RM 5440.10

Sekarang mari kita lihat kos operasi.

Perbelanjaan operasi ini adalah untuk setahun dan dianjurkan selama 10 tahun.

Jangka hayat ekonomi fertigasi cili adalah 6 bulan so setahun boleh tanam 2 kali.

Jadi kos operasi di atas adalah untuk 2 musim penanaman.

Sumber air yang digunakan adalah air jabatan dan elektrik hanya digunakan untuk menghidupkan pam air.

Skala projek 1000 polibeg ini tidak sesuai untuk kita gajikan pekerja tetap kerana terlalu sedikit. Seorang pekerja tetap boleh menguruskan 3000 polibeg. Rugi ambil tetap. Jadi saya hanya gunakan kadar upah kerja di mana pekerja dipanggil apabila diperlukan sahaja terutama semasa pemasangan sistem pengairan fertigasi dan menuai hasil. Kadar upah ditetapkan pada RM 3,000 bagi semusim.

Kos penyelenggaraan sistem pengairan adalah 2% daripada kos pembangunan sistem pengairan. Biasa jarak sistem pengairan yang bermasalah.

Kos luar jangka saya ambil 5% daripada keseluruhan kos operasi. Takut harga barang naik selepas PKP ini. Hahaha…

Kos operasi adalah berulang setiap tahun kecuali bagi kos media dan polibeg. Dua kos ini berulang setiap 3 – 4 sekali. Benda boleh pakai lama bro buat pe tukar!

Jika kita lihat tahun pertama kos operasi wajib ini kita minuskan upah kerja, kos penyelenggaraan dan luar jangka.

Perbelanjaan operasi wajib bagi musim pertama bagi membolehkan kita menjalankan projek adalah RM 4,877.40.

Dengan kos sebanyak ini, anda dah boleh menanam cili fertigasi dan cukup semua input untuk satu musim.

Biasa pakej yang dioffer dalam industri melibatkan peralatan dan input wajib yang highlightkan di atas. Biasa pakej ini RM 20 K!

Mari kita lihat kos permulaan yang diperlukan atau wajib untuk memulakan projek fertigasi.

Kos permulaan yang diperlukan atau wajib untuk memulakan projek fertigasi 1000 polibeg adalah RM 10,317.50. Siap jet spray tau! Guna cocopeat, guna sekam padi bakar lagi murah!

Manakala kos keseluruhan projek adalah RM 16,517.50. Siap rumah semaian dan garaj dan upah kerja semusim.

Masih jimat bukan.

Dan lagi banyak bilangan polibeg lagi rendah kos projek disebabkan ekonomi of scale.

Rumusan

  1. Kos adalah subjektif.
  2. Kos yang rendah ini boleh dicapai jika kita boss dan kita kuli. Semua kerja kita buat sendiri. Upah kerja hanya bila perlu sahaja.
  3. Barang – barang dibeli sendiri. Kita terlibat daripada A sampai Z dalam projek. Barulah dapat jimat.

Kita sudah lihat kos projek fertigasi next kita akan lihat pula langkah – langkah untuk memulakan projek fertigasi.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Tanaman Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply