SOP Penanaman Kobis Bunga secara Fertigasi di Tanah Rendah

Penanaman kubis bunga secara fertigasi di tanah rendah telah terbukti memberi hasil yang tinggi pada kos yang efektif mampu menjadi pilihan alternatif kepada usahawan tani.

Harga yang tinggi, jangka masa tuaian yang singkat boleh menjadikan kobis bunga tanaman alternatif kepada usahawantani.

Kami kongsikan SOP ringkas penanaman kobis bunga secara fertigasi.

1. Penyediaan dan memindahkan anak benih

Biji benih kubis bunga disemai di dalam dulang semaian 104 lubang dengan menggunakan peat moss sebagai medium percambahan. Biji benih akan bercambah dalam masa 5 – 7 hari dan dialihkan ke dalam rumah semaian. Anak pokok akan dipindahkan ke dalam polibeg setelah berusia 25 hari. Proses memindahkan anak benih hendaklah dijalankan pada sebelah petang (5 petang ke atas) untuk mengelak anak benih terkena kejutan cuaca panas dan suasana sejuk pada waktu malam akan mencepatkan proses pemulihan anak benih akibat kesan pemindahan.

2. Kaedah pembajaan

Bagi tanaman kubis bunga, EC yang disyorkan ialah 1.8 – 2.4. Selepas selesai kerja memindahkan anak pokok ke batas, anak pokok perlu diberi air kosong. Selepas tempoh 24 jam anak pokok diberikan larutan baja dengan kepekatan 1.8 ?S sehingga berusia 3 minggu. Selepas 3 minggu, kepekatan baja dinaikkan menjadi 2.0 – 2.4 ?S sehingga tamat musim penanaman. Tempoh dan kekerapan titisan larutan baja bergantung pada usia dan peringkat pertumbuhan pokok

3. Kawalan penyakit dan serangga perosak

Penanaman kubis bunga sering menghadapi risiko kerosakan yang tinggi akibat serangan penyakit dan serangga perosak. Walau bagaimanapun, kawalan penyakit dan serangga perosak yang dilakukan secara bersepadu menggunakan racun dan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar kejayaan. Antara serangga perosak yang sering menyerang tanaman kubis bunga ialah ulat Plutella (Plutella xylotella Linn), ulat pangkas (Agrotis ypsilon), ulat ratus (Spodoptera litura) dan ‘webworm’ kubis (Hellula undalis F.). Manakala penyakit yang sering menyerang tanaman kubis bunga ialah penyakit layu Fusarium (Fusarium oxyporium), penyakit ‘downy mildew’/kulapuk berdebu (Peronospora parasitica) dan reput hitam (Plasmodiospora brassicae) yang boleh menyebabkan pembentukan bunga kubis tidak terbentuk. Penyakit lain yang menyerang bunga kubis ialah ‘black leg’ (Phoma lingam), ‘powdery mildew’ (Erysiphe polygoni), karah (Alternaria brassicae), ‘dampingoff’ (Phytium ultimum), reput batang (Rhizoctonia solani) dan ‘soft rot’ (Ervinia caratovora). Tanaman ini juga sering menghadapi masalah serangan penyakit seperti reput lembut (Erwinia carotovora), akar tongkol (Plasmodiophora brassicae), bintik daun (Cercospora spp.) dan reput hitam (Xanthomonas campestris).

4. Penuaian hasil

Bagi tanaman kubis bunga tuaian boleh dilakukan 90 – 120 hari selepas mengubah anak benih ke polibeg, bergantung kepada variety. Prestasi purata hasil yang perlu dicapai oleh pengusaha ialah 0.65 kg/pokok.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, fertigasi kobis bunga and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply