Ramai pengusaha mengajukan soalan kepada saya, bolehkah tanaman fertigasi disembur dengan racun organik?
Jawapannya boleh. Tidak menjadi satu masalah jika tanaman fertigasi disembur dengan racun organik.
Tetapi…
Biar saya ulas daripada sudut ekonomi dan pengurusan tanaman
Sudut ekonomi
Sebagai contoh harga racun organik seperti garlic extract yang betul – betul berkesan terhadap serangga perosak adalah sangat mahal. 0.5 ml sebotol dalam lingkungan RM 200.
Saya pernah terjumpa seorang pengusaha yang menanam cili secara fertigasi menggunakan garlic extract yang dihasilkan daripada syarikat tempatan.
Pengusaha tersebut kata sudah sembur garlic extract tersebut banyak kali, tetapi saya lihat serangga seperti aphid masih banyak lagi di pokok pengusaha tersebut bahkan semakin membiak.
Racun organik yang berkesan harganya sangat mahal, justeru itu akan meningkatkan kos pengeluaran.
Melainkan jika kita dapat jual sayuran fertigasi kita dengan harga organik baru boleh cover kos pengeluaran.
Mustahil sayuran fertigasi boleh dikatakan sayur organik, ini kerana kita menggunakan baja kimia.
Melainkan jika kita titiskan baja fertigasi daripada sumber organik.
Jika kita lihat daripada segi ekonomi, kita tanam sayur untuk jualan biasa gunakan racun kimia dan racun organik sebagai sampingan sahaja.
Jika kita jual sayur organik, kita gunakanlah racun organik.
Kerana harga sayur organik adalah tinggi berbanding sayuran konvensional dan fertigasi.
Sudut Pengurusan Tanaman
Racun organik mempunyai bahan aktif yang akan membunuh serangga perosak.
Namun begitu bau yang ditimbulkan oleh racun organik akan bertindak sebagai repellent.
Penggunaan racun garlic seperti garlic memberikan satu bau yang kurang enak bagi manusia dan serangga.
Serangga perosak akan menggelak daripada menyerang tanaman yang telah disemburkan dengan garlic.
Penggunaan racun serangga seperti garlic adalah amat disyorkan.
Rumusan
Terdapat pro dan contra di dalam penggunaan racun organik.
Tetapi pastikan racun organik yang original.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
saya guna ‘racun’ minyak bawang putih serta minyak dari daun semambu/neem. harga minyak bawang putih tu RM30/250ml. Satu pam (16 L), 20-25ml minyak. Saya campur dua2 tu, aphid mati terus. Sebab guna organik ni, kerana pokok sedang berbuah.
Saya ada terbaca dalam Berita Harian kalau tak silap, ada cara buat racun organik ni. Bahan2 terdiri dari Sabun, cili padi, bawang putih. Katanya sabun tu boleh membunuh aphid dengan cara ‘penindasan’ yakni menutup ruang penafasan perosak tersebut. Logik juga la.
Memang betul. Sebab serangga bernafas mengikut gill. Apabila saluran pernafasan ini tersumbat, maka serangga ini akan mati. Last resort saya selalu gunakan sabun pencuci pinggan untuk semburan.
Rasanya kalau guna Brogard mmg harga mahal, tapi spray 1 minggu sekali saja