Fertigasi: Konsep Pertanian Tahun 2015

Adakah konsep pertanian dan pemasaran hasil tani konvensional masih lagi boleh diguna-pakai pada tahun 2015?

Konsep pertanian konvensional yang diamalkan adalah menumpukan pada satu – satu jenis tanaman sahaja dan segala sumber seperti input pertanian dan tenaga kerja digembeling untuk meningkatkan hasil tanaman tersebut semaksima yang mampu.

Dalam Bahasa yang mudah satu jenis tanaman dan kuantiti hasil maksima.

Konsep ini juga akan mengurangkan kos pengeluaran, ini kerana pengusaha akan membeli input secara pukal. Lagi tinggi jumlah pembelian input yang diperlukan maka lagi rendah kos pembelian.

Konsep ekonomi of scale.

Sebagai contoh, seorang pengusaha cili yang menanam 200 ekar tanam cili dapat menghasilkan sekilogram cili pada kos RM 1 perkilogram.

Konsep ekonomi of scale betul-betul membantu pengusaha ini.

Mari kita lihat pula konsep pemasaran hasil tani konvensional.

Konsep pemasaran yang diamalkan sekarang berpaksikan kuantiti.

Pengusaha akan memasarkan hasil tanaman mereka terus ke pasar borong tanpa memikirkan jumlah keperluan pasar borong tersebut dan jumlah pengeluaran pengusaha tani yang lain bagi sayur yang sama.

Volume based market, ignore the daily market demand and others produced.

Konsep ini akan menyebabkan harga sayur tersebut menjunam ke paras yang terendah sehingga bekalan pemborong habis.

Bagi mereka yang mengeluarkan hasil tanaman pada jumlah yang besar, kos pengeluaran mereka rendah dan mereka masih lagi mampu menjual secara borong pada harga yang rendah ini.

Sebagai contoh, pengusaha 200 ekar cili dengan kos pengeluaran RM1 sekilogram masih untung 100% margin jika harga cili borong serendah RM2 sekilogram.

Tetapi bagimana pun dengan usahawan tani kecil dan sederhana serta agroprenuer muda, mereka yang baru menceburi bidang pertanian ini.

Jika amalan yang sama mereka lakukan, adakah mereka mampu bersaing dengan pengusaha besar di pasar borong.

Ini belum masuk cerita sayur-sayuran import.

Jadi bagaimanakah usahawan tani kecil dan sederhana serta agroprenuer muda ini dapat bersaing, mampam dan berkembang.

Jawapan saya cukup mudah.

Ubah konsep pertanian dan pemasaran hasil tani.

Caranya adalah seperti berikut:

1. Minima kuantiti, pelbagaikan jenis sayur-sayuran.

Buat kajian pasaran, anggaran keperluan pasaran kita setiap hari. Keluarkan hasil tanaman berdasarkan keperluan harian pasaran kita. Jumlah kuantiti sayuran rendah tetapi kita mampu membekalkan pelbagai jenis sayuran. Sebagai contoh: Seorang pengusaha mampu menghasilkan 20 kg cili padi, 30 kg terung, dan 100 kg timun hanya untuk pasaran sebanyak 5-10 kedai runcit tetapi pembekalannya dilakukan setiap hari secara constant. Pemborong atau peruncit juga lebih suka dan mudah untuk berurusan dengan pengusaha yang mampu membekalkan 8-10 jenis sayuran secara berterusan kepada mereka. Amalkan kaedah ini kecuali anda telah mendapatkan kontrak pemasaran untuk membekalkan sayur pada kuantiti-kuantiti yang banyak.

2. Kecilkan skop pemasaran, tolak pasar borong.

Tumpukan pemasaran kepada kawasan berhampiran ladang atau kebun anda. Kecilkan skop pemasaran. Seperti kedai-kedai runcit, kedai makan dan perumahan sekitar. Jadikan pasar borong sebagai pilihan terakhir. Anda perlu kerja lebih tetapi anda juga dapat harga extra lebih berbanding pasar borong. Cadangan saya mungkin anda boleh dapatkan motorsikal roda tiga dan jual sayur-sayuran di kawasan-kawasan perumahan. Sebagai contoh, kawasan perumahan Putrajaya, anda boleh datang dengan motorsikal roda tiga pada jam 4.30 ptg sehingga jam 6.30 ptg, waktu ramai org pulang daripada pejabat, mereka adalah pembeli berpotensi. Hanya 2 jam bekerja sebelah petang. Anda kuasai daripada pengeluaran ladang sehingga ke pasaran pengguna.

3. Guna teknologi tetapi pada kos efisien

Pengusaha kecil juga dinasihatkan menggunakan teknologi di dalam pengeluaran sayur-sayuran mereka. Penggunaan teknologi dapat membantu memudahkan proses kerja di samping meningkatkan hasil pengeluaran. Pengusaha perlu menilai kos implikasi dan faedah penggunaan sesuatu teknologi sebelum teknologi tersebut diaplikasi di ladang. Kos merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan sesebelum sesuatu teknologi diguna-pakai. Sebagai contoh, berapakah nilai hasil yang dapat ditingkatkan dan berapakah kos pengeluaran yang dapat dijimatkan selepas teknologi digunakan.

Rumusan

Pengusaha kecil dan baru perlu mencari faktor yang dapat membezakan mereka daripada pengusaha besar dan lama. Atau satu kaedah cara kerja dan beroperasi yang mengutamakan kos pengeluaran yang rendah. Tiga kaedah di atas merupakan saranan yang dapat diambil oleh pengusaha baru dan kecil untuk menjadikan perusahaan mereka maju dan mampan seterusnya dapat berkembang.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Fertigasi: Konsep Pertanian Tahun 2015

  1. rozland says:

    saya merancang membuka kebun tanaman. tiada pengalaman. baru selesai kursus asas pertanian. perlukah saya mulakan dengan pertanian konvesional atau terus ke konsep fertigasi. modal pun terhad. kajian pasaran domestik tempat saya lebih kepada sayuran harian. jualan terus kepada peniaga di pasar. harap sesiapa yg expert boleh bagi suggestion. tks

    • ysuhaimi says:

      Wsalam,

      Bagus saudara mempunyai minat di dalam indusri pertanian ini. Potensi nya sangat besar. Segalanya bergantung kepada modal, jenis sayuran dan keluasan Tanah. Jika kita mempunyai keluasan Tanah yang luas, penanaman secara konvensional digalakkan, berbanding dengan system fertigasi. Tetapi jika kita mahukan system penanaman yang cekap dan hasil yang tinggi, lebih baik gunakan system fertigasi. Sistem fertigasi lebih kepada sayuran jenis buah. Tetapi kos penanaman secara fertigasi adalah tinggi untuk permulaan. Untuk maklumat lanjut saudara boleh berhubung dengan saya melalui email ysuhaimi@myagri.com.my.

Leave a Reply