AKAR TANAMAN

Akar tanaman

Akar tanaman

Akar merupakan salah satu bahagian yang sangat penting pada tumbuhan selain daripada batang,daun,buah,tangkai. Tanpa akar pokok tidak akan dapat tumbuh kerana ia merupakan komponen yang membantu tumbuhan tumbuh dengan kukuh. Kedudukan akar ini adalah berada didalam tanah dimana strukturnya tidak kelihatan seperti daun, batang yang boleh kita lihat dan sentuh strukturnya. Pada kesempatan kali ini, kita akan membincangkan mengenai sistem akar dan fungsinya yang sebenar serta jenis-jenis akar.

Umumnya akar berada di dalam tanah dan biasanya berwarna keputih-putihan atau kekuning-kuningan. Akar dikatakan komponen yang sangat penting kerana ia terdapat banyak fungsi kepada tumbuhan. Terdapat 5 fungsi utama akar dan 3 fungsi kegunaan. Fungsi pertama ialah sebagai penyokong dan dan untuk memperkuat serta memperkukuhkan kedudukan tumbuhn tumbuhan untuk tegak berdiri. Akar berada didalam tanah dan memanjang jauh kedalam tanah serta melebar untuk memastikan bahagian atas pokok tidak tumbang ketika ditiup angin. Akar kayu ini akan mencengkam tanah dan menyebabkan pokok-pokok besar seperti balak setinggi 100 meter lebih kukuh berdiri walaupun beratus-ratus tahun.

Akar kayu juga berfungsi sebagai organ untuk penyerapan air dan nutrien dari dalam tanah untuk dihantar ke bahagian atas tumbuh tumbuhan. Selain itu akar juga menyalur dan mengangkut air serta nutrien kebahagian-bahagian yang diperlukan seperti daun. Fungsi akar yang seterusnya ialah sebagai tempat untuk penyimpanan (storage) bahan-bahan makanan seperti umbisi iaitu ubi kentang,ubi kayu, lobak dan lain-lain. Akar juga berfungsi sebagai organ pernafasan (respiration) Selain menyerap air dan mineral, akar juga menyerap udara dari dalam tanah. Pada tanah terdapat pori-pori. Melalui pori-pori tersebut akar tumbuhan memperoleh udara dari dalam tanah bagi tumbuh tumbuhan tertentu seperti pokok bakau dimana akar bakau mempunyai (pneumatophores) iaitu akar yang mengadap ke atas untuk mencapai udara dan mendapatkan oksigen untuk sistem akar tumbuhan hidup didalam kawasan berlumpur. Selain itu, peranan akar adalah sebagai struktur mengawal hakisan tanah kerana ia mampu memegang tanah dengan kuat. Akhir sekali ialah sebagai bahagian yang sesuai dijadikan bahan untuk pembiakan tanaman (plant propagation).

Bentuk akar sebagian besar meruncing pada hujungnya untuk memudahkan akar menembusi tanah. Akar memiliki beberapa bahagian utama, iaitu inti akar, rerambut akar, dan tudung akar. Inti Akar: Inti akar terdiri atas pembuluh kayu dan pembuluh tapis.

Struktur dalaman akar

Struktur dalaman akar

Pembuluh kayu berfungsi mengangkut air dari akar ke daun. Pembuluh tapis berfungsi mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke seluruh bagian tumbuhan.
• Rerambut Akar: Rerambut akar berbentuk serabut halus dan terletak di dinding luar akar. Fungsi rerambut akar adalah menjalar di antara liang liang pori tanah, supaya akar dapat menembus masuk ke dalam tanah. Selain itu, rerambut akar juga berfungsi menyerap air dari dalam tanah.
• Batang Akar : terdiri atas pembuluh kayu dan pembuluh tapis.
Pembuluh kayu (xylem) berfungsi mengangkut air dari akar ke daun.
Pembuluh tapis (floem) berfungsi mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
• Tudung Akar (root cap): Tudung akar terletak di hujung akar berfungsi untuk melindungi akar ketika menembusi tanah
Jenis-jenis Akar pada setiap tumbuh-tumbuhan biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
• Akar Serabut

Akar serabut

Akar serabut

Akar jenis ini pada umumnya terdapat pada tumbuhan monokotil, mempunyai akar yang halus yang terdapat di perdu bahagian bawah pokok. Pokok dari family Araceae dan palmae memang lazim mempunyai akar jenis serabut. Akar rumput dari family keluarga Graminae juga jenis akar serabut,dimana mampu menyerap makanan terus . peranan akar serabut pada keliling akar tunjang adalah untuk menyerap air dan nutrient didalam tanah.ia menghantar sumber makanan ke bahagian atas pokok untuk proses fotosintesis.
• Akar Tunjang

Akar tunjang

Akar tunjang

Akar jenis ini pada umumnya terdapat pada tumbuhan dikotil. Seperti pokok jenis umbisi seperti ubi kentang. Akar tunjang merupakan bahagian akar yang tumbuh dari pangkal pokok terus kedalam tanah bagi menyokong tanaman. Akar jenis ini memiliki akar yang besar dengan beberapa cabang dan ranting akar serabut. Panjang dan saiz akar ini bergantung kepada rupa bentuk dan kanopi pokok. Saiz dan panjang akar tunjang bagi tanaman jangka pendek ialah sekitar 60cm seperti pada pokok cili,terung dan bendi. Akar ini masih berupaya menyokong pokok yang berbuah lebat dan berat agar tidak tumbang.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Jenis akar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply