Artikel kali ini, saya nak bercerita mengenai pemilihan varieti cili. Terdapat banyak jenis varieti cili yg terdapat di pasaran. Sebagai contoh kulai 568, kulai 151, kulai 469, kulai 223, kulai abg pedas dan lain-lain.
Harus diingat bukan semua jenis kulai boleh ditanam di bawah struktur pelindung hujan yg lengkap dgn jaring kalis serangga. Senang ckp rumah yg ada kelabu. Silap pilih varieti alamatnya mkn daun cili ajer.
Sebagai panduan atau guide kepada pengusaha, sehingga kini varieti cili merah atau besar yg tidak sesuai di tanam di dalam rumah ada kelabu adalah kulai 568.
Akibat tidak dengar ckp mentor. Pokok cili 568 yg segak dan cantik tapi tiada buah lansung. Ini kerana kulai 568 memerlukan suasana angin yg natural serta agen pendebunggan.
Mungkin ada pembaca mengatakan kita boleh bawa masuk kelulut. Tetapi kita mesti memikirkan saiz sph terlebih dahulu kerana kelulut akan mati akibat kepanasan di dalam sph.
Dalam kes ni penyelesaiannya adalah buka netting sahaja 🙂
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020