KEBAIKAN DAGING KAMBING BERBANDING DAGING LAIN

  Daging merupakan makanan utama penduduk dunia kecuali kepada mereka yang mengamalkan pemakanan vegan (hanya memakan buah-buahan dan  sayur-sayuran sahaja dalam diet pemakanan mereka). Berdasarkan piramid makanan tubuh badan kita memerlukan nutrisi yang lengkap seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan juga mineral. Makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging, kekacang dan tauhu. Protien diperlukan untuk pertumbuhan terutamanya membina sel baru atau menggantikan sel yang rosak.

  Ramai masih keliru diantara kambing (mutton) dan juga biri-biri (lamb) kerana kurang pendedahan terhadap jenis daging ternakan ini. Perbezaan paling ketara ialah pada bulu kambing dan biri-biri serta daging dan ramai beranggapan daging biri-biri sama seperti daging kambing. Menurut kajian Alabama Cooperative Extension System (ACES) daging kambing mempunyai kalori dan lemak tepu yang lebih rendah berbanding daging yang lain.

 Berdasarkan berat daging sebanyak 85 gram, berat lemak setiap daging disusun mengikut tertib menaik telah mendapati kambing mempunyai berat lemak sebanyak 2.6gram, ayam 6.3gram, lembu 7.9gram, biri-biri (lamb) 8.1gram, khinzir 8.2gram. Manakala dari segi kalori, kambing mempunyai kalori yang lebih rendah sebanyak 122 kal, ayam 162 kal, lamb 175 kal, daging lembu 179 kal dan khinzir 180 kal. Ini menunjukkkan daging kambing merupakan alternatif daging merah yang terbaik.

Terdapat kenyataan negatif yang mengatakan daging kambing tidak baik untuk kesihatan dan salah-satu penyumbang utama untuk sakit jantung. Kenyataan ini adalah salah, daging kambing mempunyai lemak tepu yang paling rendah  dan lemak tidak tepu yang paling tinggi berbanding daging merah yang lain dan dapat membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok disamping mengurangkan atherosclerosis.(penyakit dinding arteri tersumbat kerana lemak). Disebabkan kandungan lemak dan kalorinya rendah maka daging kambing juga bagus untuk mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti.

  Buat penghidap penyakit anemia  (kekurang zat besi untuk penghasilan darah merah yang bermutu) daging kambing mengandungi asid amino dan zat besi yang lengkap sesuai untuk penghidap anemia amalkan.

   Jika daging kambing membawa banyak kebaikan begitu juga dengan susu kambing, susu kambing memiliki globular lemak yang lebih kecil berbanding susu lembu dan ini membantu mengatasi masalah alergi susu. Dan susu kambing ini juga memiliki zat mineral yang lebih tinggi berbanding mamalia yang lain dan dapat membantu penghidap anemia.

   Kini daging kambing menjadi ramai pilihan kerana terbukti kebaikan dan  rasanya yang lebih sedap dan berjus terutama lepas diperap. Tambahan daging kambing nampak lebih esklusif kerana permintaan dan juga harganya yang agak mahal di pasaran.

Posted in Kambing, Susu Kambing | Tagged , | Leave a comment

KURSUS PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI MAC 2019

KURSUS PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI

Cepat book tempat anda
31.03.2019 (Ahad)

Lokasi: Fruit Valley Selangor, Bestari Jaya, Selangor

Dengan Hands-on training di Ladang sebenar…

Tanaman CILI secara fertigasi merupakan satu kaedah penanaman yang menguntungkan.

Dengan purata harga sekitar rm 5.50 / kg pada tahun 2017, tanaman cili secara fertigasi dapat menjadi satu cara bagi menjana pendapatan secara konsisten.

Ingin tahu bagaimana mengatasi masalah penyakit dan serangga perosak yang menghantui anda…sertai kursus kami… daftar sekarang…HUBUNGI 017-648 6713 / 017-619 0017 UNTUK PENDAFTARAN

Modal permulaan tanaman fertigasi memang tinggi tapi bagaimana anda dapat meminimakan penggunaan modal dalam membangunkan projek fertigasi cili anda…HUBUNGI 017-648 6713 / 017-619 0017 UNTUK PENDAFTARAN

Tanaman cili ini mcm saham komoditi…sangat berisiko…tetapi menguntungkan dalam jangka masa singkat…sertai kursus kami untuk mengetahuai langkah – langkah untuk meminimakan risiko – risiko ini.

Continue reading
Posted in Kursus | Tagged , , | Leave a comment

AMBUYAT @ LINUT

Pelbagai variasi pilihan makanan yang boleh didapati di sekitar Borneo salah satunya ialah ambuyat atau nama lainnya linut. Menurut sejarah awal terhasilnya ambuyat ialah kerana menggantikan makanan ruji iaitu nasi kerana kekurangan penghasilan beras pada zaman dahulu. Ambuyat diperbuat daripada sagu iaitu kanji yang terdapat daripada pokok rumbia. Pokok rumbia merupakan spesies daripada pohon palma seperti kelapa, sawit dan juga nipah.

Continue reading
Posted in Uncategorized | Leave a comment

PRODUK BULUH

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, merupakan peribahasa yang sangat terkenal bermaksud jika hendak mendidik anak biarlah pada usianya masih muda kerana apabila anak sudah besar semakin susah anak terima teguran dan lebih susah untuk mendidik mereka. Buluh seumpama rumput gergasi yang keras dan ditanam secara besar-besaran kerana kepelbagaian hasil produk yang dapat dihasilkan oleh buluh. Projek penanaman buluh adalah satu usaha pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam memperkenalkan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk dikomersilkan. 

Continue reading
Posted in buluh, Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

PUTRI MALU

pokok semalu

Berdasarkan tajuk di atas ramai tertanya-tanya apakah itu “putri malu” atau nama yang paling dikenali masyarakat kita ialah Pokok Semalu. Terdapat banyak nama panggilan untuk pokok semalu dan nama santifik yang dikenali ialah Mimosa Pudica, namun terdapat panggilan nama lain iaitu Makahiya (diambil dari perkataan Fillipino  – Hiya bermaksud pemalu/ malu) manakala nama mudah dalam Bahasa Inggeris ialah “Shameplant” atau “Touch Me Not” plant

Continue reading
Posted in Herba | Tagged | Leave a comment

PRODUK TENUSU

Apakah produk tenusu? Produk tenusu ialah produk yang menggunakan susu sebagai salah satu bahan utamanya.Haiwan mamalia seperti  lembu, kambing dan kerbau merupakan sumber makanan utama untuk manusia, hasil daripada haiwan mamalia ini bukan sahaja daripada dagingnya malahan susu dan juga kulit haiwan ini boleh digunakan untuk penghasilan produk lain.

Continue reading
Posted in Advertorial, Lembu tenusu | Tagged | Leave a comment

KENALI CILI

   Cili merupakan bahan penting dalam masakan Asia terutamanya Asia Tenggara.  Rakyat Malaysia paling sinonim dengan masakan yang memerlukan cili terutamanya masakan kegemaran rakyat Malaysia :Nasi Lemak di mana sambal tumis merupakan gandingan utama .Istilah “tekak Melayu” menggambarkan kebiasaan masakan Melayu yang pedas dan menggunakan cili sebagai bahan utama dalam setiap masakan mereka.

Continue reading
Posted in Cili, CILI JERUK, Cili padi, Uncategorized | Leave a comment

PROMO SOP DAN EBOOK

Gunakan SOP Penanaman yang telah terbukti untuk meningkatkan kadar kejayaan serta mengurangkan risiko kegagalan. Beli SOP PENANAMAN  MYAGRI Consulting yang telah terbukti kejayaannya di dalam industri pertanian. 

Diskaun sehingga 90% untuk setiap SOP dan EBOOK keluaran MYAGRI CONSULTING.

Diskaun sehingga 28 Februari 2019.

Layari eSHOP MYAGRI Consulting

Pelaburan ilmu adalah pelaburan yang paling menguntungkan diri anda sendiri.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pihak MyAgri Consulting mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” buat semua.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Zero Waste Farming

 Pertanian kini menjadi sumber pendapatan yang bukan sahaja sesuai untuk penduduk di kawasan kampung malahan di kawasan bandar kerana kepelbagaian kaedah teknologi moden yang boleh di gunakan.  Pertanian dan bercucuk tanaman akan berkaitan dengan baja dan racun untuk mengelakkan tanaman dari serangga perosak dan memastikan tumbuhan tumbuh segar dan cepat. Namun pengunaan baja dan racun perosak yang mengandungi bahan kimia yang tinggi akan menjadi toksin dan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar dan juga pengairan serta  kepada pengguna.

Continue reading
Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment