15 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENGUSAHA FERTIGASI (Bahagian Akhir)

Salam kepada semua. Ini adalah bahagian terakhir 15 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pengusaha fertigasi. Saya harap selepas ini para pengusaha fertigasi tidak lagi melakukan kesilapan yang sama. Belajar lah daripada mereka – mereka yang telah melakukan kesilapan serta hindari lah kesilapan – kesilapan ini. Di dalam penanaman secara fertigasi ini, sebarang kesilapan akan memberikan kesan kepada tanaman dan jiwa pengusaha sendiri akan tertekan. Ini kerana sebarang kesilapan akan menentukan samaada pengusaha fertigasi akan mengalami kerugian atau keuntungan.

11. Pembinaan SPH yang tidak sempurna


Sering kali saya lihat, pengusaha fertigasi mengambil ringan tentang pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) ini. Reka bentuk serta penggunaan bahan yang tidak betul akan menyebabkan SPH tidak tahan lama. Bahkan ada juga SPH yang baru dibinakan, belum sempat digunakan sudah pun roboh. Oleh itu, pastikan rekabentuk serta speksifikasi SPH difahami dulu oleh pengusaha. Pengusaha juga hendakalah melantik kontraktor yang berkeupayaan serta mempunyai pengalaman dalam membina SPH ini.

12. Bahan binaan SPH yang tidak betul.

Kebanyakkan pengusaha fertigasi selalu cuba mengurangkan kos projek dengan cara menggunakan bahan binaan SPH yang tidak betul. Pembinaan SPH dengan menggunakan kayu di kawasan terbuka atau laluan angin amat bahaya. Ini kerana SPH yang dibina mudah runtuh akibat ditiup angin.

13. Penggunaan batu bata.

Penggunaan batu bata ini sering menimbulksn tanda soalan di dalam minda saya. Apakah faedah dan kesan menggunakan batu bata pada tanaman fertigasi ini??? Ini hanya meningkatkan kos permulaan projek fertigasi. Apabila kos permulaan projek tinggi kerana perlu membeli baja maka kesannya pengusaha terpaksa menggurangkan kos operasi seperti baja dan lain-lain. Ramai pengusaha melakukan kesilapan ini. Kita mesti ingat jika kita mahu projek fertigasi kita bertahan lama serta menjana keuntungan, kos permulaan perlulah rendah supaya tempoh balik modal menjadi pendek!!!!

14. Pacang pokok yang tidak sesuai.





Memberikan sokongan pada tanaman fertigasi adalah satu perkara mandotari atau wajib. Jika tidak lakukkan adalah haram. Mana tak haram sebab jika pengusaha gagal melakukkannya akan mendatangkan kerugian dan menyeksa pokok. Bagi tanaman cili fertigasi sokongan yang sesuai adalah pacang berbentuk ‘X’ atau ‘H’. Pacang ini perlu dipasang segera selepas selesai transplanting atau memindahkan anak pokok ke polibeg. Jika anda lihat gambar di tengah, pancang – pancangnya dah macam tanah perkuburan kristian. Hehehe.

15. Penggunaan hormon pemikat lalat buah.


Ini adalah kesilapan yang paling mahal yang sering dilakukan oleh pengusaha fertigasi. Penggunaan hormon pemikat lalat buah pada ladang fertigasi cili, rockmelon atau tomato. Penggunaan hormon lalat buah ini akan memanggil lalat buah untuk mengawan. Horman ini dibancuh bersama – sama air dan lalat buah akan masuk ke dalam air tersebut lalu mati. Masalah penggunaan hormon ini, lalat buah akan menyuntik telurnya pada buah tananam kita terlebih dahulu sebelum bunuh diri. Pengusaha fertigasi yg menggunakan teknik ini sememangnya membakar duit mereka sendiri. Ini kerana buah – buah cili, rockmelon dan tomato yg telah disuntik telut lalat buah akan busuk apabila masak. Ini kerana larva atau ulat lalat buah telah memakan bahagian dalam buah. Jika pengusaha fertigasi telah menggunakan teknik ini saya cadangkan BAKAR sahaja kebun anda serta diri anda sekali (sekadar bergurau).

Sekian, terima kasih.

This entry was posted in Fertigasi and tagged . Bookmark the permalink.

27 Responses to 15 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENGUSAHA FERTIGASI (Bahagian Akhir)

  1. Fadhil says:

    maaf nk tanya soalan newbie bro. dalam posting lain, bro ade cakap jgn guna polibeg putih dan guna yg hitam supaya tak jadi macam fertigasi ‘tampal koyok’. so daripada gambar yg ada kat atas tu, itu ke maksud bro polibeg warna hitam tu? pelik sebab polibeg tu bentuk segiempat tak macam polibeg yg biasa kita tgk yg mana bentuk dia macam polibeg putih tu. mohon pencerahan sikit. tq

    • ysuhaimi says:

      Polibeg segi empat adalah jenis polibag bantal yg digunakan oleh MARDI. Tak kisah jika nak guna polibeg tegak atau polibeg bantal. Janji berwarna hitam sbb kita nak jaga kos. beli polibeg sekali pakai 2-5 kali musim. Dan pastikan polibeg yang dibeli tiada lubang bawah. lubang kita buta 2 inci daripada dasar.

      • Fadhil says:

        somehow aku rasa polibeg bantal ni bagus untuk fertigasi tanpa struktur pelindung tanaman since lubang dia kecil so kalau hujan, kurang sket la air hujan masuk ke dalam media. gitu ke bro? mudah didapati ke polibeg bantal ni? kelebihan2 dia yang lain? tq2

  2. Ysuhaimi says:

    Dua 2 boleh guna. Cuma ada pro dan kontra bila gunakn polibeg bantal dan polibeg tegak. Nanti cerita lebih dlm posting.

  3. Fadhil says:

    pasal penggunaan hormon pemikat lalat buah tu, ada cara lain yang lebih berkesan untuk mengawal lalat buah?

    ada juga yang saya tengok guna plastik kuning yang diletak pelekat. Macam mana pulak tu ya?

  4. norman says:

    Maaf sy nk tanya kalau SPH ni sy x buat ape kesan dia? Sy merancang untk menanam lada fertigasi secara terbuka. Atau ade cara lain utk menggantikan SPH ni.

  5. Bos ku saya dari negeri bawah bayu nak tanam tembikai cara fertigasi tetapi secara terbuka dan gunakan Silvershine plastic bolehkah bos

  6. ida says:

    SAYA DOK KAT FLAT TAPI MINAT SANGAT TANAM SAYUR BOLEH TAK GUNA CARA FERTIGASI?

  7. burn says:

    Gaji saya adalah rm 2500 tetapi saya mempunyai tanah 1 ekar dan saya ber minat nak tanam cili fertigasi dalam 1 ekar serta berhenti bekerja dan menjadi petani moden . bolehkah saya berjaya menjadi petani dgn untung yang lebih dari gaji saya.

  8. Mathew says:

    hello bro…berapakah kos kasar untuk tanaman fertigasi cili kalau i nak mulakan dengan 1000 beg?..maksud i kos bahan bahan dgn pembajaan atau disertakan sekali semua kos menyeluruh dalam 1000 pokok..kalau bro ada whatsapp boleh add sy..0198652731..tq

  9. sulaiman says:

    Tolong salurkan maklumat berkaitan tanman rock melon tks

  10. mastura tieh says:

    bro…mohon bantuan…cara merawat buat cili yang buruk dan gugur sebelum matang

  11. farah says:

    Assalam..saya hendak bertanya dan komen berdasarkan pengalaman encik..penggunaan bahan pemikat lalat buah sama ada Methyl Eugenol (ME) atau Cue Lure (CUE) akan menarik lalat buah dewasa jantan sahaja, sekiranya terperangkap dan mati ianya akan mengganggu proses persenyawaan . Menyuntik telur ke dalam buah adalah lalat dewasa betina sahaja.

  12. sparklearies says:

    boleh x nk dpt kn mklumat utk penanaman rock melon ni…

  13. Azmi says:

    Tuan,
    bilakah kursus fertigasi akan diadakan di sebelah utara/P.Pinang ?

  14. mohd samesull says:

    As salam,

    tuan,

    mohon pencerahan, sekiranya saya menanam cili di dalam SPH ini, adakah kita perlu membuat pendebungaan sendiri terhadap pokok cili??