CARA MERAWAT MEDIA FERTIGASI

Artikel kali ini akan membincangkan cara – cara atau kaedah merawat media terutama media lama bagi penanaman musim kedua dan seterusnya.

Ada beberapa pakar yang mengatakan bahawa media ini hanya sesuai digunakan untuk satu musim penanaman sahaja dan perlu dibuang.

Musim penanaman kedua perlu membeli media baru.

Ada juga pakar mengatakan media perlu dikeluarkan daripada polibeg atau bekas tanaman dan digaul dengan kapur, klorok, dettol, racun kulat dan sebagainya.

Kita perlu ingat harga media semakin meningkatkan, pada ketika saya menulis artikel ini (4.6.2015) harga satu guni coco peat adalah RM 5.50.

Adakah berbaloi jika kita menggunakannya satu kali sahaja dan buang?

Kerja – kerja mengisi coco peat ke dalam polibeg atau bekas tanaman merupakan kerja yang paling rencam di dalam penanaman secara fertigasi.

Adakah para pembaca semua sudi mengalami kerja – kerja mengisi polibeg atau bekas tanaman ini berulang – ulang kali?

Bagi saya cukup hanya sekali dan menanamnya berkali – kali.

Media tanaman seperti coco peat boleh digunakan berulang – ulang kali.

Saya sendiri telah menggunakan coco peat dan polibeg selama 14 musim penanaman pelbagai sayur – sayuran secara fertigasi.

Coco peat lama lagi baik berbanding coco peat baru.

Cara yang tepat, ringkas dan mudah untuk merawat media lama atau coco peat lama adalah seperti berikut:

1) Cabut pokok lama daripada polibeg atau bekas tanaman.

2) Alirkan air kosong ke polibeg atau flushing sehingga air melimpah daripada polibeg atau bekas tanaman. Tujuan kita mengalirkan adalah bagi membersihkan media daripada sisa lebihan baja lama dan menstabilkan kembali pH media.

3) Tutup air kosong dan jiruskan 100 ml racun kulat seperti previcur N ke setiap polibeg atau bekas tanaman (bancuhan 1 ml racun previcur N dilarutkan ke dalam 1 liter air).

4) Setelah racun kulat dijiruskan ke setiap polibeg atau bekas tanaman tidak perlu lagi titiskan air. Biarkan semalam, dan keesokkan harinya, kita sudah boleh masukkan anak pokok baru ke dalam polibeg atau bekas tanaman.

Katakan tidak pada consulthan jalanan.

Dan selamat mencuba.

This entry was posted in Fertigasi, Hidroponik and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to CARA MERAWAT MEDIA FERTIGASI

  1. nurul says:

    Assalamualaikum, bagaimana kalau pokok cili tu dah ada mosaic virus. masih sesuai lg ke untuk guna sabut yg lama utk penanaman baru. Terima kasih.