Cocktail Racun?

Saya sering mendapat soalan berkenaan “mencampur pelbagai racun serangga dan kulat di dalam satu semburan sekaligus mencipta cocktail racun?”. Semakin ramai pengusaha fertigasi terutama tanaman cili mencampur sehingga empat ke enam jenis racun yang berlainan untuk satu semburan. Bahkan lebih teruk lagi, ada pengusaha yang meracun dua kali sehari iaitu sebelah pagi dan sebelah petang! Apa kejadahnya semua ini???? Mari kita lihat apakah kesan sebenar cocktail racun yang dimomokkan kepada anda semua?

1) Kesan campuran racun

512px-Azoxystrobin.svg

Kita kena tahu bahawa racun kawalan penyakit dan serangga perosak terdiri daripada bahan – bahan kimia atau pun kita kenali sebagai bahan aktif. Bahan aktif ini mempunyai struktur kimianya tersendiri. Campuran bahan kimia yang berlainan pada satu campuran atau larutan akan menyebabkan berlakunya tindakbalas kimia di dalam campuran tersebut. Jika kita mencampur aduk akan 3 – 4 racun terutama racun kimia dan serangga, tindak balas kimia atau chemical reaction akan terjadi. Adakah kesemua bahan aktif daripada racun yang dicampur akan serasi dan bercampur dengan baik? Apakah kesannya pula? Adakah meningkatkan keberkesanannya? atau lebih teruk inhibit atau blok fungsi bahan aktif racun – racun tersebut sekali gus tidak berkesan kepada penyakit atau serangga perosak? Ini sekaligus menyebabkan semburan kita menjadi sisa-sisa. Pengalaman saya melawat projek di mana pengusahanya melakukan kaedah cocktail ini, tanaman cilinya masih menghadapi masalah!!!!!!

2) Kos meracun meningkat

Saya tahu pembaca semua boleh faham sub tajuk ini “KOS MERACUN MENINGKAT”. Jadi di sini kedai pertanian yang mengaut untung serta pembekal pakej fertigasi yang untung!!!

3) Serangga perosak cepat kebal

Penggunaan cocktail racun juga akan menyebabkan serangga perosak membina keimunan dengan cepat. Dalam bahasa mudah serangga perosak menjadi cepat kebal. Apabila serangga perosak menjadi kebal, apa jenis racun yang boleh kita gunakan lagi untuk mengawal populasi serangga perosak!!!

4) Kesan kepada PESTICIDE RESIDUE TESTING

Masalah ini akan membawa kepada pesticide residue testing untuk maximum residue levels (MRLs) atau dalam bahasa yang mudah kesan racun pada buah cili. Jika negara kita mengamal food safety yang ketat saya rasa banyak cili yang kena buang dalam longkang akibat penggunaan cocktai racun ini!!!! Kita tidak tahu apakah sisa yang tinggal dan berapa lama untuk kesan cocktail ada pada buah cili umumnya.

Penggunaan Sistem Kawalan Penyakit dan Serangga Perosak adalah kaedah terbaik untuk semua kebun dan ladang sayur-sayuran. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kawalan penyakit dan serangga perosak tanaman cili boleh join kursus fertigasi anjuran MYAGRI CONSULTING. Klik sini untuk download broshur kursus bulan Disember 2015.

Kongsikan!
  • 20
  •  
  •  
  •  
    20
    Shares
This entry was posted in Fertigasi, Kawalan serangga tanaman, Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply