BERAS TEMUKUT SUMBER TAMBAHAN TERNAKAN

Contoh gambar beras temukut

Dalam memproses beras terdapat beberapa produk lain yang akan terhasil seperti dedak beras, beras hancur dan beras temukut. Apakah itu beras temukut, beras temukut daripada pecahan beras yang lebih hancur daripada beras hancur. Selain beras hancur halus, ‘germ’ yang tertanggal semasa pengilangan menjadi sebahagian daripada temukut kerana temukut tidak boleh dicampur dengan beras putih.

    Beras temukut selalu nya lebih murah berbanding beras hancur dan dijadikan makanan tambahan untuk ternakan terutamanya ayam dan itik. Kos ternakan ayam sangat tinggi terutamanya kos dari segi pemakanan ayam kerana ayam memerlukan diet bersesuaian kerana mudah mendapat penyakit berbanding itik. Terdapat pelbagai makanan alternatif lain tapi memerlukan proses yang agak remeh dengan campuran pelbagai bahan lain.

  Untuk jalan mudah dan murah ialah memberikan beras temukut. Beras temukut mudah didapati dan selalunya dicampur dengan bahan lain seperti dedak  untuk penambahan nutrisi. Beras temukut juga rendah karbohidrat dan kaya dengan serat akan menyebabkan ayam kekenyangan tetapi tidak kegemukkan. Kerana itu ramai peternak yang akan mencampurkan beras temukut bersama dedak untuk ternakan mereka sebagai penambahan zat.  

Oleh kerana itik dan ayam memerlukan makanan yang banyak, adalah lebih murah jika makanan di campurkan sendiri. Berikut adalah contoh makanan yang paling mudah di berikan kepada ternakan.

(a) Beras Temukut- 60 kg

(b) Dedak padi – 16 kg

  Manakala untuk bahan campuran sendiri buat ternakan itik ialah : Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain . Pemberian makanan ialah mengikut umur

Umur  
0 – 4 minggu 1.2 kg. – 1.6 kg.
5 minggu – 22 minggu 11.0 kg – 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Penambahan nota khas buat para pertani, beras temukut juga boleh di gunakan sebagai campuran bokashi (bermaksud baja kompos / penapaian dalam bahasa Jepun).  Untuk pertanian bahan –bahan seperti EM1@ IMO alfa-g, Dedak kasar,  Tahi ayam, Melukut (Beras Temukut), Gula merah,  Air digunakan dalam proses bokashi dan campuran ini sangat baik untuk pertumbuhan pokok dan kesuburan tanah.                           

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in beras temukut and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply