PENGGUNAAN BAJA ORGANIK TERHADAP TANAMAN DAN JUGA TANAH

Sebarang tanaman akan mudah terdedah kepada serangan serangga perosak dan juga pertumbuhan yang terbantut. Jalan yang paling mudah di atasi ialah menggunakan racun seranggan dan juga baja kimia. Kedua penggunaan bahan ini mengandungi bahan kimia yang tinggi tapi boleh membahayakan kesihatan pengguna dan alam sekitar.

   Tidak dinafikan baja kimia mudah didapati dan dapat mengeluarkan hasil lebih cepat, tetapi bagi tempoh masa panjang lebih banyak keburukan yang akan dihadapi dari pelbagai sudut aspek.  Namun atas kesedaran, ramai petani dan peladang telah beralih arah menggunakan baja organik yang bukan sahaja lebih selamat untuk tanaman, tanah, pengguna malahan alam sekitar.

  Apakah yang dimaksudkan dengan baja organik? bagaimana membuat baja organik? Apakah kelebihan baja organik? Artikel kali ini akan mengupas lebih lanjut kebaikan baja organik terhadap tanaman dan tanah. Baja organik juga boleh dikategorikan sebagai baja kompos. Baja organik ialah baja yang terdapat dari sumber semula jadi seperti haiwan, tumbuhan dan mineral. Bahan daripada haiwan boleh di dapati dari tinja dan juga tulang-tulang haiwan yang sudah diproses. Antara baja organik daripada tumbuhan kompos, adalah seperti baja alfalfa, baja biji-kapas, baja gluten jagung dan baja rumpai laut. Baja organik juga terdapat banyak pelbagai bentuk seperti tablet, pallet, serbuk dan cecair.

  Baja kompos terjadi apabila bahan organik melalui proses pereputan secara semulajadi. Proses ini akan menghasilkan bahan yang kaya dengan nutrisi atau dipanggil “humus” yang dilakukan oleh organisma dalam tanah seperti cacing, semut, bakteria dan kulat. Semua bahan organik termasuk sisa-sisa makanan kita dan tumbuh-tumbuhan boleh menjadi baja kompos.

     Ada 2 bahan asas yang diperlukan untuk membuat baja organik iaitu molasses(gula merah/tetes) atauE.M (juga yeast) dan bahan asas ini boleh didapati di kedai makanan ternakan. Pantang larang yang penting tidak di benarkan menggunakan air klorin kerana air klorin akan membunuh mikrob e.m jika hanya ada  air berklorin, dedahkan air itu kepada cahaya dan udara selama dua malam untuk menbebaskan klorin tersebut, sebaiknya air hujan Manakala untuk tempat penyimpanan pula harus yang gelap, sejuk dan jauh daripada matahari untuk memastikan penumbuhan mikroorganisma yg baik

   Bahan-bahan lain yang boleh di jadikan baja organik seperti pisang, kulit pisang, arang, abu kayu, kulit telur, air akuarium tawar dan juga air rebusan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicampurkan sebarang campuran seperti, gula, sodium hanya air rebusan asli buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut. 

kulit buah-buahan

    Walaupun menggunakan baja organik yang baik namun tempat penanaman juga harus dititik beratkan dimana jenis tanah memainkan peranan supaya nutrisi dapat diserap tumbuhan dengan sebaiknya dan bergantung pada keperluan mineral seperti NPK (Natrium, Phosporus dan Kalium). Tanah di kawasan perumah tidak sesuai digunakan untuk tanaman secara langsung kerana terdedah dengan banyak bahan kimia lain, para petani perlu mengeluarkan kos untuk pembelian tanah yang sesuai untuk tanaman mereka.

  Disebabkan baja organik diperbuat daripada bahan semulajadi juga memprosesnya juga secara semulajadi dan juga digunakan kembali kepada tanah dan menjadi sumber yang baik untuk tumbuhan. Mikroorganisma yang keluar dalam baja organik mempunyai daya hidup yang kuat, jangka hidup yang panjang di dalam tanah;bakteria pembetung nitrogen, fosforus, penyelesaian kalium dan mikroorganisma lain, boleh terus membekalkan nutrien kepada tanaman melalui nitrogen di udara dan pembebasan kalium dan fosforus tanah yang tidak mudah diserap oleh tanaman. Baja organik boleh menggalakkan pertumbuhan mikroba tanah dimana mempertingkatkan pertumbuhan sistem akar dan penyerapan nutrien. Mempercepat pembentukan agregat tanah, meningkatkan sifat fizikokimia tanah. Agregat organik-bukan organik adalah penunjuk penting kesuburan tanah, lebih banyak kandungan, lebih baik sifat fizikal tanah; keupayaan yang lebih subur, keupayaan pemuliharaan tanah, pemuliharaan air, keupayaan pemuliharaan baja; lebih baik prestasi pengudaraan, lebih kondusif untuk pertumbuhan akar tanaman.

  Kesimpulannya, penggunaan baja organik lebih selamat untuk tumbuhan, tanah, alam sekitar dan juga manusia. Kini ramai petani beralih ke baja organik untuk kebaikan semua.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Baja and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply