KAEDAH MENGEKSPORT BUAH-BUAHAN KE LUAR NEGARA

Buah-buahan memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia disamping dapat membekalkan tenaga dan juga nutris semulajadi yang boleh menjadi detox untuk kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan. Terdapat perumpaan Bahasa Inggeris yang sangat terkenal iaitu “sebiji epal sehari dapat mengelakkan berjumpa Doktor” bermaksud dengan mengamalkan pemakanan sihat bersama-sama buah-buahan dapat mengelakkan penyakit sekaligus tidak perlu berjumpa doktor.  

  Khasiat buah-buahan tempatan sangat banyak dan juga ada yang mempunyai vitamin dan zat yang lebih baik berbanding buah-buahan import dengan  rasa yang lain daripada lain, kerana buah-buhan tempatan tidak perlu melalui proses eksport yang lama dan zatnya masih terpelihara. Namun tidak semua buah-buahan sesuai ditanam di semua negara kerana terdapat beberapa faktor yang harus di pertimbangkan seperti jenis iklim, kedudukan geografinya dan juga faktor cuaca yang mempengaruhi.

  Mengikuti perkembangan jaringan pengangkutan yang makin luas dan juga peningkatan teknologi terutamanya dalam bidang pertanian, kini buah-buahan dapat dieksport ke luar negara dan di nikmati oleh pelbagai bangsa di seluruh pelosok dunia. Perkara ini dapat bantu meningkatkan ekonomi negara dan juga sektor pertanian dinegara kita dan secara tidak langsung dapat  membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Ramai graduan muda yang kini lebih berminat untuk menceburi bidang pertaniaan dan berniaga kerana pulangnya yang lebih berbaloi.

 Menurut kenyataan yang di keluarkan oleh Pengerusi FAMA di Utusan Online, Tan Sri Badruddin Amiruldin menunjukkan peningkatan dalam nilai eksport buah-buahan ke luar negara pada tahun 2017 sebanyak RM700 juta dan juga penambahan beberapa buah negara yang berminat untuk mengimport buah-buahan tempatan. Namun bagi pembekal yang bercadang untuk memasrkan buah-buahan tempatan ke luar negara,terdapat beberapa peraturan di buat oleh FAMA  yang harus diikuti. Peraturan yang terlibat dalam mengeksport buah-buahan ialah Peraturan – Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pelesenan Pengeksportan Buah-Buahan, 1990).

    Kaedah untuk mengeksport buah-buahan tempatan, harus mengikuti prosedur yang di keluarkan oleh FAMA,hanya buah-buahan seperti belimbing dan betik eksotika memerlukan lessendan hanya yang mempunyai Lesen Mengeksport Buah-buahan yang di keluarkan oleh FAMA sahaja boleh mengeksport buahan-buahan tersebut. Semua buah yang hendak dieksport, hendaklah digred, dilabel dan dibungkus mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh FAMA dan di sahkan oleh FAMA sebelum kebenaran mengeksport. Cara untuk memohon pengesahan gred adalah dengan mengisi Isi Borang FG1 dan hantar melalui faks kepada pejabat FAMA KLIA sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh pemeriksaan jika hantaran akan dibuat melalui laut, atau sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh pemeriksaan jika hantaran  akan dibuat melalui udara.

  Seterusnya, FAMA telah memperkenalkan GPL (Gred, Pembungkusan dan Label) untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing serta mengekalkan pasaran sedia ada atau meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara.

  Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mengubah presepsi mengenai produk tempatan dengan lebih mengagungkan produk luar negara .Buah-buahan tempatan seperti limau, pisang, mangga, betik belimbing, ciku dan jambu batu mengandungi serat, vitamin C, potassium dan kalium yang tinggi. Keutamaan yang dapat di perolehi jika mengamalkan buah-buahan temapatan ialah buahnya lebih segar tanpa penambahan bahan kimia untuk memastikan kesegaran buah. Kerajaan Malaysia turut mengalakkan memilih buah-buah tempatan dengan menjalankan kempen “Marilah makan buah-buahan tempatan”. Bersamalah kita memacu ekonomi negara dalam bidang eksport disamping mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan memilih buah-buahan dalam diet makanan kita. Pastikan pengambilan seimbang dan tidak melebihi apa yang di perlukan tubuh badan kita.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply