Dua Varieti Cili Kulai yg menjadi pilihan pengusaha fertigasi

 

1) Terdapat dua jenis varieti cili kulai yang menjadi pilihan pengusaha fertigasi iaitu kulai s469 dan kulai 151. 

2) Kedua – duanya adalah daripada jenis hybrid. Dan mampu memberikan hasil yang tinggi.

3) Biasanya hasil 2 – 4 kg sepokok dlm masa 6 bulan. Iaitu tempoh ekonomi bagi sesuatu tanaman menggunakan sistem fertigasi.

4) Kenapa enam bulam sahaja? Ini kerana di dalam sistem fertigasi untuk 3 bulan pertama adalah vegatative growth atau pun pertumbuhan pokok sebelum mengeluarkan hasil. Kutipan hasil pulak dilakukan selama 3 bulan terakhir. Selepas itu pokok kita tidak aktif lagi, sekiranya kita simpan pokok kita, baja terpaksa diberikan dan ini hanya meningkatkan kos pengeluaran kita sahaja. Pendek kata lebih baik cabut pokok lama dan tanam pokok baru.

5) Kedua – dua jenis cili ini adalah jenis synchronize flowering atau berbunga serentak. Dengan cerita lain, Pokok akan mengeluarkan bunga serentak, buah cili akan masa serentak, selepasa kita kutip kesemua buah cili merah, baru bunga baru akan keluar. Ini lah yg dipanggil synchronize flowering. Ini memudahkan kita merancang pengeluaran hasil cili kita.

6) Menurut pemerhatian aku, tanaman cili kalau kita jaga dia selama 3 bulam iaitu pada peringkat vegatative growth tanpa rosak daripada terkena virus dan lain – lain serangga perosak, maka, dapatlah kita menuai hasil cili selama 3 bulan terakhir. Oleh itu 3 bulan pertama penanaman adalah kritikal.

Buah cili Kulai S469

Buah cili Kulai 151

7) Bagi mereka yg baru nak berjinak – jinak dengan fertigasi ini aku syorkan varieti 469 dan 151 ini. Kerana ianya mmg sesuai untuk rookie dan mereka yang baru nak berjinak – jinak dengan penanaman secara fertigasi.

8) Selamat bertani!

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Dua Varieti Cili Kulai yg menjadi pilihan pengusaha fertigasi

  1. koo says:

    salam….
    bolehkah saya tanya????
    kalau cili kulai yang sihat (biasa)berapa kah kg dalam satu pokok cili???
    berapakah RM dalam 1 kg untuk pasaran???

    10 q v much

    • ysuhaimi says:

      wsalam,

      pokok cili kulai yang sihat biasa akan mengeluarkan hasil sehingga 3 – 5 kg. tapi kpi yang perlu dicapai oleh pengusaha adalah 2.5 kg sepokok. harga pasaran biasanya purata dalam rm 4-5.

Leave a Reply