Fertigasi: Pengiraan Baja Untuk semusim

1) Apabila cerita bab baja dalam sistem penanaman fertigasi pasti dengar keluhan setiap pengusaha fertigasi. Walaubagaimanpun, segala persiapan lengkap dan perancangan yang rapi dapat mengurangkan tekanan dan memastikan projek kita berjalan dengan lancar. Ini termasuklah bab pembelian baja ab fertigasi.

2) Hari mari kita belajar cara-cara hendak menganggar jumlah keperluan baja untuk satu musim projek fertigasi.

3) Sifirnya sangat mudah:

Jumlah keperluan baja satu musim= (Jumlah pokok x Kuantiti pemberian baja satu hari
dalam liter x jangka masa penanaman satu musim
dalam hari) / 10000

4) Mudah sangat.

5) Ini contoh saya kira keperluan baja fertigasi untuk 1000 pokok cili. Satu hari saya bagi 0.5 Liter air baja. Manakala tempoh penanaman 6 bulan = 180 hari.

6) Jadi Jumlah keperluan baja satu musim = (1000 x 0.5 x 180) / 10000
= 9 set baja fertigasi ab

7) Di adalah cara mudah untuk kita estimate kasar untuk buat pembelian baja. Kuantiti penggunaan selalu adalah kurang 2-3 set daripada jumlah asal bergantung pada jumlah pemberian larutan baja harian kita.

8) Selamat merancang pembelian baja. TQ

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Baja Foliar, Cili, Fertigasi, Kunci Kira-Kira and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Fertigasi: Pengiraan Baja Untuk semusim

  1. Fadhil says:

    salam bro,

    ikut contoh diatas tu perlu 9 set baja kan? biasanya dia jual dalam liter atau kg, jadi untuk satu set diatas tu berapa liter/kg? terima kasih

  2. ysuhaimi says:

    biasanya lebih murah jika beli baja dalam bentuk serbuk / powder berbanding cecair. Biasanya berat baja bergantung pada jenis baja. Kalau untuk baja fertigasi cili berat dia satu a dan b adalah lebih kurang 24 kg.

  3. Fadhil says:

    so kalau ikut contoh diatas tu, perlu 9 set baja untuk semusim jadi;

    9 x 24kg = 216kg baja semusim

    gitu ke bro?

  4. Fadhil says:

    ada few websites yang saya usha, ada yang rekemenkan sampai 2.0L air baja sehari per pokok! sedangkan MyAgri beri contoh hanya 0.5L sahaja sehari. Boleh jelaskan sikit tak bro tentang hal ni? tapi kalau saya, memang pasti akan gunakan contoh MyAgri 🙂

  5. solehah says:

    ni,nak tanya sama ada tahu tak maksud seprti ini ,,,ini dlm kandugan baja tapi saya tak tahu makna,tolong beri saya maksud ini kalsium nitrat,ferum,kalium nitrat,monokalium fosfat,magnesium sulfat,mangan sulfat,asid borik,kuprum sulfat,zink sulfat,and last ammonium molibdat..tq

  6. nazri says:

    salam ‘ jika kurang liter air baja setiap polybeg atau pembahagian tidak sekata buah cili ada kecil dan bengkok. soalan saya untuk membetulkan keadaan ini boleh ke cili kembali stabil sekiranya saya menstabilkan pembahagian baja.

    Terima kasih.

  7. Aziz Mohamad says:

    En Ysuhaimi. Saya bercadang nak mulakan penanaman lada. Dah mula pun sedang pembinaan struktur. Nak tanya kalo saya gunakan tahi ayam + tanah+pasir yang diisikan dalam poly bag boleh tak saya gunakan baja dan sistem Fertigasi. Makna nya saya buat fertigasi lada tapi tidak menggunakan sekam atau sabut.

  8. eyas says:

    ada sapa kat sini ley dapatkan fertigasi serbuk atau powder98% pottasium nitrate,tempat saya cecair…

  9. Nabila M.Nurdin says:

    Nak tanya, dlm pengiraan 0.5liter*180*1000pokok/10,000 ni, kenapa bahagi ngan 10,000? bukan ke bahagi 1,000? (baja 24 kg untuk 10liter*100nisbah, jadi patutnya bahagi 1,000). Minta pencerahan…

  10. Umi says:

    En, nak tanya.
    kalau pokok annual, bagaimana pengiraan nya. saya ada 31000 pokok.
    saya baca pada label cara bancuhan 20ml / 10liter air. tapi tak ada description yang mengatakan bancuhan itu untuk berapa banyak pokok. saya risau pokok bunga saya rosak jika berlebihan baja atau progress berbunga lambat. minta pencerahan

    • ysuhaimi says:

      Ikut arahan pada label racun. Contohnya, kalau kita ada 31,000 pokok, kita kene bancuh sekurangnya 100 liter air untuk spray. Jika arahan label adalah 20 ml per 10 liter air. Maka bancuhannya adalah 100 ml untuk 100 liter air.

  11. Joe says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Ikut pengiraan diatas siraman baja 0.5L/hari bagi setiap pokok.
    Adapun soalan saya :

    1. Adakah 0.5L ni untuk siraman dari mula sampai habis musim atau kena tambah air kosong?

    2. Pukul berapa masa yang sesuai untuk pemberian baja?

    3. Berapa kepekatan EC yang sesuai untuk tanaman cili?

    4. Adakah kepekatan EC kena naikkan setiap bulan?

    5. Macam mana kalau hari hujan, adakah pemberian baja diperlukan? bagaimana dengan kepekatan EC?

    Banyak soalan yang saya nak tanya, hari2 usha website ni untuk next kursus.

    Terima Kasih

    • ysuhaimi says:

      Wsalam,

      1. Kena tambah air kosong.

      2. Seawal pagi. bermula terbitnya matahari sehingga tengahari. Pada ketika ini kadar fotosinthesis adalah tinggi.

      3. Kepekatan EC untuk tanaman cili adalah 1.8 – 2.4 EC.

      4. Bergantung pada pertumbuhan tanaman. Rujuk artikel kaedah pembajaan.

      5. Apabila hujan hentikan pemberian air baja dan air kosong. Selepas hujan baru berhenti bagi baja.

Leave a Reply