Kaedah Pembajaan Fertigasi Cili

Sepanjang penglibatan sy di dalam industri fertigasi ini banyak betul kaedah – kaedah fertigasi yg dipratikkan ramai pengusaha. Tetapi semua dimodifikasi drp teknologi MARDI. Ini termasulah kaedah pembajaan fertigasi.

Secaea overall kita boleh tgk ada 3 kaedah pembajaan fertigasi.

1) Kaedah pembajaan seragam (Buku Manual Fertigasi MARDI). Kalau ikut cara ini pemberian baja adalah sama drp mula penanaman sehingga tamat. Di mana pada awal transplanting baja kepekatan rendah (1.8 uS) diberikan kemudian dinaikkan sedikit EC dan kepekatan baja adalah dikekalkn (2.0 uS). Mengikut cara ini, larutan baja diberikan 4-6 kali bagi mencukupi keperluan air pokok. Kaedah ini mudah digunakan untuk mereka-mereka yang baru berjinak – jinak dengan fertigasi. Kos baja sangat tinggi.

2) Kaedah kedua mengikut umur dan usia pokok (Buku panduan fertigasi Jabatan Pertanian). Sebagai contoh pada peringkat 2 minggu EC baja adalah 1.2 kemudiannya pada minggu ketiga adalah 1.4, minggu keempat EC baja dinaikkan kepada 1.8. Begitu seterusnya sampai peringkat berbuah. Kepekatan baja pada peringkat pokok berbuah boleh mencecah 2.6 uS. Kaedah ini bagi mereka yang baru dan telah lama menanam dengan fertigasi. Kaedah juga memerlukan anda satu buku panduan khas bagi mengetahuai masa-masa untuk menaikkan kepekatan baja. Risiko tinggi jika lambat menaikkan EC baja dan mampu menggangu pertumbuhan pokok.

3) Kaedah ketiga ini adalah campuran baja fertigasi dan baja foliar. Pemberian dan kepekatan baja diberikan mengikut umur dan KEADAAN pokok. Bagi menggunakan kaedah ini, pengusaha memerlukan kemahiran bagi mengenalpasti simptom kekurangan nutrient pada pokok. Bukan untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan fertigasi. Manakala baja foliar juga mesti menggunakan baja foliar yang tepat dan betul. Bukan sebarangan foliar boleh pakai kalu tidak, buah dan pokok rosak. Sila baca artikel saya yang lepas berkenaan foliar. Kaedah ini mampu menjimat baja fertigasi ab sehingga 70%.
Nak belajar main cara ini boleh contact saya untuk berkursus.

– Posted using BlogPress from my iPhone

Kongsikan!
This entry was posted in Baja Foliar, Cili, Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Kaedah Pembajaan Fertigasi Cili

  1. Fadhil says:

    sebelum kita campurkan set a dan b ke dalam tong baja, kita akan sediakan larutan pekat set a dan b di dua tong berasingan dulu kan. soalan saya:

    1. katakan kita dah sediakan tong 100L untuk pati set a dan b, berapa kilo perlu kita bancuhkan dalam tong tersebut dan berapa bacaan EC yang disyorkan untuk pati set a dan b tu?

    2. Sebelum ni bro ada bagitau 1 set baja set a & b ialah 24kg. jadi bolehkah kita bancuh 24kg tu dalam tong 100L air untuk dijadikan pati set a & b sebelum kita campurkan kedalam tong baja? atau sebenarnya perlu lebih (contoh 50kg) untuk 100L air pati set a & b?

    mohon pencerahan sket bro. TQ

  2. Ahmad says:

    minta tolong beri nama bahan baja untuk tanaman fertigasi tu, dan senarai untuk set a dan set b, sory baru nak belajar nanti banyak lagi nak tanya

  3. Salam bro…website ni masih active lgi ker?….

  4. Joe says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya berminat dengan kursus pasal baja AB dan baja Foliar.

    Terima kasih.

Leave a Reply