Maklumat Yg Tepat

Memburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Begitulah Permulaan bicara saya kali ini. Dewasa ini makin ramai saya lihat tuk-tuk guru fertigasi di internet siap berblog dan sebagai. Menawarkan kursus dan gambar-gambar pokok cantik entah melawat kebun sape. Aku pun tak tahu. Realitinya apabila nak melawat pokok takde , yg ada gmbr pokok Ajer.

Bile cerita bab kursus fertigasi pula. Daripada harga kursus rm 150 smpai lah rm300. Kursus fertigasi yg ditawarkan pulak dari teori smpi ke praktikal. Lps diakhir kursus baik pengajar cerita pasal beli barang untuk fertigasi. Masa itu ramailah student kene tipu beli barang.

Dah ramai dah aku jumpa. Bile dah kena tipu barulah datang jumpa badan kerajaan minta bantu pasal prOjek dah kantoi. Duit yg habis bukan sedikit ada yg smpi rm180000 pun ada. Smpi wang simpanan hbs pun ada. Tapi kursus yg dibuat oleh pihak swasta ini pelik juga. Apabila barang semua suruh beli ngan dia. Kenapa dia tak bagi tahu ajer kedai atau kilang tmpt dia beli barang itu. Cikgu fertigasi macam mana tu kah?, cikgu nak tipu duit murid adalah.

Dalam dunia pertanian khususnya fertigasi atau pun mana-mana bidang sekali pun, mendapatkan guru yg betul adalah Penting! Cikgu yg betul dapat membimbing anda menuju ke jalan kejayaan. Cikgu nak jual barang fertigasi membawa anda memberi wang kepada dia, dan dia akan meninggalkan anda setelah mendapat wang anda.

Justeru itu, apa yg saya nak tekan kan di sini, dapatkan maklumat yg tepat dan cikgu yg benar2 layak serta berilmu dalam memulakan projek fertigasi. Kos permulaan projek yg tinggi merupakan Satu pelaburan yg tinggi. Jika pertama kali gagal, habislah projek anda. Kebanyakkan org sekarang ini, baru pergi kursus fertigasi sekali dah jadi tuk guru fertigasi. Lps itu mengajar yg bukan – bukan dan jual barang fertigasi. Pening kepala aku pikir. Bagi saya, org macam ini adalah lintah yg menyedut darah org!

Myagri adalah sebuah badan NGO yg ditubuhkan untuk membuka mata dan kesedaran kpd pengusaha ttg maklumat dan teknik fertigasi yg sebenar! Anda semua boleh hubungi kami bila-bila masa sahaja. Dan kami berikan segala maklumat, teknik dan pembekal barangan fertigasi kpd tanpa sebarang bayaran. Kami tidak mahu wang anda tapi kami nak didik anda.

Jadi kami pohon kpd anda untuk hubungi kami bagi memdapatkan maklumat yg tepat, di mana dapat membantu anda membuat keputusan anda. Ingat duit susah nak datang tapi nak hilang amat senang!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Info and tagged , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Maklumat Yg Tepat

  1. Mohd Fadhil bin Zainal Abidin says:

    Mohon tunjuk ajar dari pihak MyAgri. Saya ni baru nak mula kecil-kecilan tapi kursus begitu banyak ditawarkan sampai pening nak pilih mana satu. Betul-betul berharap MyAgri dapat buat kursus, for sure saya attend 🙂 . Atau mungkin boleh tunjuk ajar sikit kat saya kursus mana yang relevan dan bagus. Terima kasih

    • myagri says:

      Sekarang ini kami di myagri sedang prepared tmpt kursus dan memohon sedikit budget supaya kursus tersebut dpt diberikan secara percuma. Kalau lulus peserta kursus dtg percuma kalau tidak lulus, kita akan cuba carikan budget untuk meminimakan kos peserta. Ini kerana myagri mahu peserta yg berkursus dgn kami dapat maklumat dan teknik fertigasi yg sebenar. Daripada A smpi Z semuanya kita nak berikan pada peserta.

      • Fadhil says:

        Bayar sikit pun tak apa, janji kursus yang diberikan tip-top. Harap2 kursus tu boleh dijalankan dalam masa terdekat ni lah, so nanti insyaAllah bolehla mula fertigasi ni secepat mungkin. Harap saudara boleh updatekan melalui email saya bila kursus tu nak dijalankan nanti. terima kasih

  2. DrSatrian says:

    Setuju. Saya pun memang nak belajar penanaman fertigasi ni.

  3. fadhil says:

    ada berita tak tentang kursus tu bro?

  4. Myagri says:

    Insyallah dlm masa terdekat ni

Leave a Reply