Kali ini saya nak berkongsi cara-cara membuat booster spray bagi membuat correction nutrient defiencies atau dalam bahasa melayunya kekurangan nutrien pada tanaman. Caranya teramat mudah dan senang. Semuanya menggunakan komponen baja fertigasi yang mudah dapat. Booster spray dapat membantu anda dalam membetulkan simptom kekurangan nutrien pada tanaman anda serta menjimatkan wang anda.
1) Pokok kekurangan kalsium:
– larutkan 10 gm calcium nitrate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
2) Pokok kekurangan Potassium:
– Larutkan 20 gm potassium nitrate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
3) Pokok kekurangan Magnesium:
– Larutkan 20 gm Magnesium Sulphate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
4) Pokok kekurangan Phospohorus:
– Larutkan 5 gm MKP dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
5) Pokok kekurangan boron:
– Larutkan 0.5 gm boric acid dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
6) Pokok kekurangan nitrogen:
– Larutkan 3 gm urea dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
Cara penggunaan:
1) Bancuh 30-50 ml stok booster dalam 20 liter air
2) Semburkan pada pokok yang kekurangan nutrien. Stok booster bergantung pada simptom kekurangan nutrien pokok. Sebagai contoh, jika pokok kita menunjukkan simptom kurang boron gunakan booster boron.
3) Anda boleh google sahaja untuk mengetahuai ttg siptom kekurangan nutrian pasa tanaman.
4) Waktu untuk melakukkan semburan adalah lewat petang atau seawal pagi.
Selamat mencuba!
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
bagaimaberapa gram baja urea N46 diperlukan untuk 10litre air?terima kasih di atas info anda.
Berapa kepekatan baja yang diperlukan
boleh ke mencampurkan kesemua jenis booster kedalam 1000 liter air mengunakan EDTA untuk pokok nanas peringkat pembesaran buah kalau bolehbagaimana/ berapa campuran booster booster tersebut
Sebelum saya menjawap soalan saudara/i. Apakah tujuan saudara/i melakukan semburan foliar booster kepada tanaman nanas.
Sesuai atau tidak jika saya menggunakan baja a b untuk tanaman sawit saya?
sesuai tetapi perlu dibuat perkiraan analisa kos