UJIAN PERCAMBAHAN

Ujian percambahan adalah satu kaedah mudah bagi menentukan peratusan viability atau peratusan percambahan biji benih. Kaedah ini sesuai digunakan bagi menentukan peratusan percambahan biji yang lama disimpan. Ujian percambahan ini juga sesuai digunakan untuk projek skala besar. Ini kerana kita perlu memastikan jumlah percambahan biji benih kita tinggi. Ini juga bagi menggelakkan kita kerugian dalam menggunakan media semaian atau peat moss.

Cara menjalankan ujian percambahan:

1) Gunakan bekas atau pinggan.
2) Basahkan tisu dan jalan perah tisu tersebut. Biarkan tisu tersebut basah.
3) Letakkan tisu tersebut dalam bekas atau pinggan
4) Letakkan biji benih dalam keadaan teratur di atas tisu
5) Tutup bekas ujian percambahan
6) Biarkan biji benih bercambah. Tempoh percambahan bergantung kepada jenis tanaman. Sebagai contoh, biji benih cili mengambil masa 4-6 hari untuk bercambah. Manakala bijij benih timun, bendi dan rockmelon memerlukan masa 2-3 hari untuk bercambah.

Bagaimana kita nak mengira peratusan percambahan?Mudah sahaja, formula nya adalah seperti berikut:

Biji benih yang bercambah
__________________________ x 100%
Jumlah biji benih yang disemai

Peratusan percambahan yang baik adalah 80%. Kurang daripada 80%, adalah tidak baik. Daripada keputusan percambahan ini juga kita dapat membuat perancangan bilangan / kuantiti biji benih yg perlu disemai.

Sebagai contoh, kita semai sebanyak 30 biji benih di dalam ujian percambahan tetapi benih yang bercambah adalah 20 biji. Maka peratusan percambahan kita adalah 20 / 30 = 0.66666 ~ 0.67. Kemudian darabkan 0.67 x 100 = 67%. Maka peratusan percambahan biji benih kita adalah sebanyak 67%. Ini adalah keputusan yang kurang baik. Rumusannya, buang sahaja biji benih ini, beli yang baru.

Gambar di atas adalah ujian percambahan biji benih timun jepun yang saya beli pada tahun 2009. Gambar keputusan ini akan saya masukkan dalam posting masa hadapan. Jika lebih 7 hari, biji benih kita masih tidak bercambah ini bermakna biji benih tersebut tidak dapat digunakan.

Selamat mencuba!!!!

Kongsikan!
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan, Hidroponik and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply