Baja Fertigasi Edisi Terjah!

Satu jenis baja fertigasi untuk semua tanaman.

Bila kita pergi kedai pertanian kita

Pengusaha “Baja fertigasi cili ada?”

Jawapan Pekedai “Ada”

Pengusaha “Baja fertigasi timun ada?”

Jawapan Pekedai “Ada”

Pengusaha “Baja fertigasi halia ada?”

Jawapan Pekedai “Ada”

Pengusaha “Baja fertigasi rockmelon ada?”

Jawapan Pekedai “Ada”

Pengusaha “Baja fertigasi terung ada?”

Jawapan Pekedai “Ada”

Pengusaha “Baja fertigasi pokok tin ada?”

Jawapan Pekedai “Ada”

Pendek kata semua jenis baja tanaman fertigasi ada jual di kedai pertanian dia.

Lepas itu bila kita tengok packaging baja semua sama kosong takde tulis apa-apa kecuali A besar dan B besar.

Berat semua sama untuk cili, timun, melon, halia dan sebagainya.

Kalau jadi macam itu pada anda, sila tampar muka pekedai itu sekuat hati anda.

Apasal kene tampar pasal menipu.

Keperluan nutrient setiap tanaman adalah berbeza.

Jadi macam mana boleh jual satu baja untuk semua jenis tanaman.

Memang pokok diberikan apa – apa jenis baja akan hidup dan memberikan hasil.

Tetapi adakah hasil yang diberikan itu adalah hasil yang sebenar yang boleh dicapai oleh pokok itu jika mendapat nutrient yang selengkapnya pada kadar yang tepat????

Dalam bahasa yang mudah pokok halia boleh hidup dan memberikan hasil jika menggunakan baja cili. Tetapi ia tidak akan memberikan hasil dan kualiti halia yang memberangsangkan.

Begitu juga dengan tanaman yang lain.

Pokok cili jika kita guna baja fertigasi cili boleh capai purata 2.5 kg tetapi jika guna baja terung hanya capai 1.5 kg.

Inilah yang saya maksudkan.

Setiap jenis baja dirumus khas untuk sesuai dengan pertumbuhan setiap tanaman.

Jadi buatlah pilihan yang tepat, jangan tertipu lagi.

Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi, Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Baja Fertigasi Edisi Terjah!

  1. Joe says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Nak tanya, betul ke ni nutrient yg ada dalam baja cili.

    Set A:
    Kalsium Nitrat (10,580 gram)
    Iron Chelate (190 gram)

    Set B:
    Kalium Nitrat (6,600 gram)
    Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
    Magnesium Sulfat (4,030 gram)
    Mangan Sulfat (17 gram)
    Asid Borik (28.5 gram)
    Zink Sulfat (14.5 gram)
    Kuprum Sulfat (1.9 gram)
    Natrium Molibdat (1.2 gram)

    Terima kasih

  2. Razak says:

    macam mana nak buat larutan a dan b. asyik nak kena beli aja….adusss

Leave a Reply