Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi – Ulat ratus

Ulat ratus atau nama saintifiknya spodoptera mauritia sejenis haiwan perosak untuk pelbagai tanaman.

Badan larva berwarna hijau dan kepalanya berwarna keperangan.

Saiznya kira-kira 9 mm panjang.

Larva melalui 4 peringkat instar.

Tempoh tumbesaran dalam tempoh 12-13 hari di tanah tinggi dan 6-7 hari ditanah rendah.

Simptomnya daun berlubang-lubang, permukaan daun menjadi lutsinar ataupun daun hanya tinggal rangka dan urat daun.

Haiwan ini selalunya akan menyerang tanaman seperti cili, bendi dan sayuran krusifer selain tanaman padi.
Untuk mencegah kita boleh menyembur tanaman dengan racun serangga, racun jenis microbial dan juga kutip dan buang ulat dengan tangan. Kebersihan ladang juga menjadi cara kawalan paling awal untuk mengelakkan haiwan ini. Pemantauan juga semestinya di buat dengan lebih teliti dan kerap pada setiap peringkat pertumbuhan tanaman.

Berikut merupakan bahan aktif yang terdapat dalam contoh racun. Antaranya Permethrin (Arsato®, Kilset 10EC®, AGR Pilar 10EC®), Deltamethrin (Delta 2.5 EC®, Decis 250 EC®, Deltamet 2.8 EC®), Cyfluthrin (Russel 5.0EC®, Kenthroid 5.0EC®, Baythroid 5.0EC®), Trichlorfon (Kinterex®, Dipterex®, CH Trichlorphon 95®), Profenofos (Selecron 500 EC®, Elak 45 EC®).

Antara racun yang berkesan adalah Pictor, Betee, Bactospine daripada jenis mikroorganisma Bacillus thuringiensis sp. Racun jenis microbial ini akan menyebab sistem penghadam ulat ratus rosak dan mati. Semburan racun jenis microbial ini akn meninggalkan sisa mikroorganisma pada tanaman terutama bahagian daun.

Kongsikan!
This entry was posted in Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi, Penyakit Tanaman and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

1 Response to Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi – Ulat ratus

  1. Mail says:

    Ulat ni, bila siang, ia menyorok dalam sekam (polibag isi sekam). Daun cili saya berlubang2, cari perosak kat daun dan batang, xde.. korek2 sekam, jumpa ber ekor2 banyaknya.. haha. Penyet sekor2.

Leave a Reply