Siri Herba Malaysia – Misai kucing

Nama Saintifik: Clerodendranthus spicatus

Nama Tempatan: Misai Kucing

Nama Inggeris: Orthosiphon

Keluarga: Labiatae

Misai kucing atau nama saintifiknya Clerodendranthus spicatus sangat popular di kalangan penduduk Malaysia di sebabkan khasiatnya yang dapat merawat pelbagai penyakit. Misai kucing sejenis herba ferenial setinggi 1-1.5 meter dan kebanyakkannya di tanam sepanjang tahun. Pokok herba ini di temui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Herba misai kucing ini telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing dan buah pinggang.

YosriMisaiKucing

Pokok misai kucing sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan kerana daunnya yang cantik tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Ciri-ciri daunnya yang berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung, berstruktur licin serta tepi daun bergerigi dan tangkai daun pendek. Bunganya pula berwarna putih kebiru-biruan dengan filament yang panjang seperti misai kucing.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium yang terdapat pada bahagian daunnya merupakan komponen utama yang membantu melarutkan asid urik, fostat dan oksalat dalam tubuh manusia terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daunnya juga boleh mengubati keputihan yang selalunya dialami oleh sesetengah wanita.

Pelbagai khasiat yang terdapat dalam misai kucing untuk mengubati pelbagai penyakit seperti gout, batu karang, buah pinggang, jangkitan saluran kencing, hati dan masalah pundi kencing, kencing manis, sakit sendi, mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, merawat lemah jantung dan darah tinggi. Ia bersifat antiseptic, antiallergic, anti inflamatori antihipertensi, anti-radang, diuretic dan arteriosclerosis. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati herba ini mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Dan ini juga sekaligus mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati kerana ia terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik.

Terdapat pelbagai cara-cara penggunaan misai kucing bagi merawat penyakit. Antaranya dengan mengambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air dan boleh diminum setiap hari pagi dan malam sebelum atau selepas makan. ATAUPUN mengambil beberapa bunga herba misai kucing dan digunting kecil ataupun dikoyakkan dan seterusnya rendamkan dalam kuantiti segelas air panas dan biarkan sebentar sehingga suam. Selepas itu bolehlah diminum sehingga habis dan jangan lupa amalkan dua kali sehari untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Tanaman misai kucing boleh ditanam secara konvensional atau menggunakan sistem fertigasi.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Siri Herba Malaysia – Misai kucing

  1. Mail says:

    Salam..
    Saya dikhabarkan, pokok pemanis stevia boleh memberikan kesan tak elok kepada tubuh jika ambil secara berterusan.. betul kah?

Leave a Reply