MITOS DI DALAM TEKNOLOGI FERTIGASI: BATU – BATA

1) BATU BATA

Penggunaan batu bata untuk melapik polibeg.
Kaedah aplikasi, setiap polibeg dilapik dengan 2 batu bata.
Fungsi kegunaan (sumber pengusaha tegar fertigasi batu bata):
i) Pengudaraan untuk polibeg
ii) Menggelakkan polipaip daripada panas
iii) Menggelakkan contact polibeg dengan tanah

Mitos

1) Penggunaan batu bata di dalam penanaman secara fertigasi lebih kepada komestik atau untuk kebun nampak cantik.

2) Penggunaan batu bata ini tidak mendatangkan kesan kepada pertumbuhan dan hasil pada tanaman, contohnya cili. Kajian perbandingan menunjukkan tiada perbezaan terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman cili pada system fertigsi tanpa batu bata dan fertigasi berbatu bata.

3) Fungsi yang dinyatakan juga mendatangkan keraguan yang amat mendalam.

4) Polibeg tidak memerlukan pengudaraan. Hanya memerlukan pengudaraan adalah akar tanaman yang terletak di dalam polibeg. Sebab itu kita perlu gemburkan tanah pada kaedah konvensional dan media sebelum pindahkan anak pokok untuk menggalakan pengudaraan. Jadi fungsi no 1 kita boleh PANGKAH.


" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad3.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

5) Menggelakkan polipaip daripada panas. Memang betul polipaip yang terdedah akan menjadi panas dan air yang tinggal di dalam polipaip akan menjadi panas. Justeru air panas ini akan keluar terlebih dahulu apabila pam air dihidupkan. Air panas ini akan keluar untuk 30 saat pertama sahaja dan tidak memberikan kesan kepada akar tanaman. Adakah berbaloi untuk kita keluarkan perbelanjaan sebanyak RM 0.40 ke RM 0.80 untuk 2 ketul batu bata untuk melapik polibeg. Banyak jika kita ada 10,000 polibeg berapa kos untuk batu bata yang perlu kita keluarkan. Mari kita pangkah fungi kedua ini.

6) Sudah jelas lagi bersuluh. Sudah tanam dalam polibeg nak contact dengan tanah macam mana? Sila pangkah fungsi ketiga ini.

Rumusan

Penggunaan batu bata di dalam fertigasi hanya benda mengarut lebih tepat mitos. Perkara ini dibuat hanya untuk mengaut keuntungan individu tertentu. Tetapi ramai telah tertipu. Penggunaan batu bata meningkatkan kos projek. Hanya untuk kedai hardware jual batu bata. Yang menanam belum kaya lagi.

Kongsikan!
This entry was posted in Cerita kegagalan, Fertigasi and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply