Dua firma AS tipu daging, sijil halal – KOMOS

CEDAR RAPIDS, Iowa – Dua syarikat berkaitan produk makanan halal mengaku salah semalam kerana berkomplot me­ngeksport produk da­ging halal palsu untuk dijual di Malaysia, Indonesia dan tempat-tempat lain.

Midamar Corp. dan­ Perkhidmatan Islam­ Ame­rika Syarikat (ISA)­ me­ngaku salah di mah­kamah persekutuan di Cedar Rapids kerana berkomplot membuat pengakuan palsu melibatkan sijil eksport, menjual daging tidak halal dan menipu.

Di bawah persetujuan pihak pendakwa raya, setiap syarikat perlu membayar AS$600,000 (RM2.58 juta) daripada perolehan skim penipuan tersebut. Kedua-dua firma itu turut diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa dan mesti membayar denda tambahan. Midamar merupakan pem­borong makanan, ma­nakala ISA memperakui produk Midamar sebagai halal. ISA ialah antara segelintir organisasi yang meluluskan daging yang diimport Malaysia, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.

Pengasas Midamar, Bill Aossey Jr. didapati bersalah pada Julai lalu kerana mengeksport da­ging lembu ke Malaysia dan Indonesia yang tidak memenuhi standard halal ketat kedua-dua negara berkenaan.Sebahagian daging lembu Midamar datang dari sebuah rumah sembelihan di Minnesota yang disahkan tidak halal oleh Malaysia dan Indonesia. – AP

Sumber – KOSMO 12 September 2015

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Tani News and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply