Siri Herba Malaysia – Maman

Famili : Cleomeceace
Genus : Cleome
Spesies : Cleome gyandra

PENGENALAN

Maman adalah tanaman renek yang pada asalnya tidak tumbuh di negara ini, akan tetapi ianya dibawa masuk oleh pedagang dari China dan India sebagai tanaman sayuran. Daun pucuk maman berasa kelat atau pahit sekiranya dimakan mentah. Oleh itu disyorkan agar dimasak sebagai sayuran. Di Afrika, daun maman dijadikan sebagai sos pencicah.

Di Malaysia, ianya banyak ditemui di daerah Kemaman, Terengganu dan Gemencheh, Negeri Sembilan. Nama maman juga di ambil sempena nama Kemaman (kawasan penanaman Maman) dan masyarakat di Terengganu telah membuat jeruk dari daun maman. Di Negeri Sembilan juga, daun maman terkenal dengan rendang maman yang dicampurkan bersama daging atau ayam. Daun tersebut juga boleh dicelur dan dimakan bersama sambal belacan atau cencalok.

Daun maman ini adalah tumbuhan tidak popular dan ianya boleh ditemui di sekitar pasar tani berhampiran kampung. Jabatan Pertanian melaporkan bahawa penanaman maman secara komersial diusahakan oleh pekebun di Negeri Sembilan di tanah seluas 37 hektar pada 2010 telah menghasilkan sebanyak 122 tan metrik daun maman untuk pasaran komersial. (Anim Agro Teknologi, 2012).

MORFOLOGI

Pokok maman adalah tumbuhan renek yang mempunyai ketinggian 1 meter. Ianya akan tumbuh menegak dan mempuntai batang atau ranting halus yang berbulu yang berwarna merah kehijauan. Daun maman pula berwarna hijau, majmuk dan berbentuk menirus dihujung dan membulat di pangkalnya.Pada 1 kelompok daun akan terdapat helai daun yang kecil. Dan pucuk daun maman pula mempunyai 3 helai daun yang berwarna hijau muda ketika muda dan menjadi hijau tua setelah matang. Bunga kecil yang berwana unggu keputihan akan mucul di celah clah daun maman (Siti Fauziah Yusuf, 2012). Buah pokok maman berbentul kapsul atau silinder panjang yang berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila mencapai tempoh matang. Ia menampung biji pokok maman yang berwarna coklat.

KAEDAH PENANAMAN

Sebelum penanaman biji benih maman, tapak penanaman pokok maman perlulah diselenggara dengan baik. Tanah perlu digembur dan disebelum biji benih ditabur pada batas. Pada peringkat awal penyediaan batas, racun rumpai perlu disembur ke atas atas bagi mengawal pertumbuhan rumpai dan kulat.

Batas yang sesuai adalah setinggi 3 hingga 6 inci, mempunyai kelebaran 1 meter dan sepanjang 3 meter. Batas perlu mempunyai alur bagi mempermudahkan pengaliran air kerana lebihan air boleh merosakan pokok maman. Batas yang telah disediakan perlu ditabur baja organic 2 hingga 4 tan metrik /ha. Biji benih maman akan di tanah di dalam tanah sedalam 30 cm dan dikambus bagi mengelakan biji benih terkeluar semasa penyiraman. Jarak biji benih yang ditanam adalah 10 hingga 15 cm antara pokok. Ini kerana bagi mengelakan persaingan antara pokok yang tumbuh sekiranya biji benih ditanam secara rapat dan juga bagi mengekalkan keseragaman pertumbuhan pokok. Penyiraman dilakukan 2 kali sehari dalam tempoh 2 minggu pertama penanaman pokok maman. Ia adalah sangat penting bagi mempercepatkan percambahan biji benih.

Setelah 6 hingga 8 hari penanaman biji benih, pokok akan mula bercambah dimana akar akar halus mula tumbuh dan pucuk muda akan keluar dari tanah. Pada waktu ini, penyiraman secara manual dan renjis adalah disyorkan. Kawalan rumpai juga perlu diberi perhatian bagi mengelakan persaingan mendapatkan cahaya matahari. Selepas 3 minggu penanaman, baja NPK (15:15:15) dan baja organik (tahi ayam) ditabur di pangkal pokok bagi menghasilkan pokok maman yang sihat. Setelah 4 hingga 6 minggu penanaman, pokok maman akan mencapai ketinggian 15 cm Kaedah penuaian menggunakan pisau tajam dengan mencabut keseluruhan pokok dari batas atau menggunakan tangan dengan memetik daun atau ranting pucuk maman bagi menggalakkan pertumbuhan tunas baru.

SERANGGA DAN PENYAKIT

Terdapat beberapa serangga perosak yang sering kelihatan di pokok maman iaitu pianggang (Nezara vividula), cacing nematode (meloidogyne spp), kutu daun (phyllotreta spp) dan kumbang daun. Serangga ini memakan bahagian pucuk muda daun yang menyebabkan daun pokok berlulang lubang. Selain itu penyakit kulapok Mildew (cercospora spp) juga menyebabkan daun rosak dan merendahkan kualiti pokok daun maman.
Oleh itu, pengurusan rumpai dan kawalan serangga perosak adalah penting seawal fasa persediaan tanah dan batas. Penggiliran tanaman adalah disyorkan bagi mengelakan kerosakan tanaman dan ianya akan menjejaskan hasil.

KEGUNAAN & KHASIAT

Selain dijadikan sayur yang dimasak rending atau dijeruk, maman juga berkhasiat bagi mengeluarkan angina dalam perut atau usus. Biji maman akan ditumbuk lumut dan di makan sedikit sahaja. Pengambilan biji maman secara berlebihan boleh memberikan kesan toksid kepada badan seseorang.

Air rebusan maman juga boleh meransang pengeluaran kahak dan ubat penyakit hati dan hempedu. Kajian juga melaporkan amalan meminum air rebusan biji maman boleh merawat penyakit buasir, reumatisme, gonorea dan cirit bitit (berlendir atau berdarah) (Dr Khalid Gadd, 2009). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan sebagai racun serangga.

Kongsikan!
This entry was posted in Herba and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply