PENGENALAN
Makhluk yang hidup di bumi Allah ini memerlukan makanan sebagai bahan bakar bagi mendapatkan tenaga bagi meneruskan kehidupan. Haiwan atau manusia mendapatkan makanan dengan bertanam, berburu, menangkap dan kemudian dimasak (manusia)atau dimakan mentah (haiwan). Hal ini berbeza dengan tumbuhan dimana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri dengan mengambil zat zat tertentu yang dinamakan proses fotosintesis.
Definisi fotosintesis ialah proses tindakbalas biokimia bagi pembuatan makanan oleh molekul molekul klorofil dengan bantuan cahaya matahari dan kehadiran sumber karbon. Frasa ‘foto’ yang membawa maksud cahaya manakala ‘sintesis’ bermaksud penyusunan. Secara ringkasnya, fotosintesis bermaksud penyusunan bahan organik (karbohidrat) dari H20 dan CO2 dengan bantuan cahaya.
Berikut merupakan persamaan kimia bagi menerangkan proses fotosintesis:
Krofil adalah pigmen penting dalam proses fotosintesis ini dan ianya zat hijau daun. Klorofil memberikan warna hijau pada daun yang berfungsi untuk menyerap cahaya merah, biru dan ungu serta memantulkan cahaya hijau dan sedikit kuning. Klorofil pada daun dianggap sebagai dapur atau tempat memasak unsur bagi dijadikan makanan dengan bantuan sinar matahari pagi.
Secara ringkasnya, proses fotosintesis ialah proses penghasilan makanan dalam bentuk glukosa dan oksigen menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Pembentukan makanan oleh tumbuhan juga boleh berlaku dengan kehadiran cahaya matahari atau tidak. Ianya disebut reaksi terang dan reaksi gelap.
Reaksi terang di definasikan sebagai proses pembentukan makanan oleh klorofil dengan pengubahan cahaya matahari menjadi tenaga kimia dalam bentuk ATP. Ianya berlaku semasa hari siang dengan kehadiran cahaya matahari. Reaksi gelap pula tidak memerlukan cahaya matahari dan ianya berlaku oleh tumbuhan pada waktu malam. Proses ini menukarkan CO2 dan air kepada karbohirat dan terjadi pada bahagian stroma kloroplas.
Dapat disimpulkan bahawa keperluan proses fotosintesis adalah cahaya matahari, klorofil, air dan karbon dioksida. Hubungan persamaan keperluan diatas adalah seperti berikut:
1. Semakin banyak kandungan klorofil pada permukan daun, semakin laju proses fotosintesis berlaku.
Kadar penghasilkan fotosisntesis antara daun muda lebih cepat berbanding daun tua kerana
kandungan klorofil pada kedua dua daun ini berbeza.
2. Semakin tinggi kandungan karbon dioksida diudara, semakin laju proses fotosintesis
3. Reaksi terang mempunyai bekalan makanan yang tinggi berbanding reaksi gelap kerana perbezaan
pancaran cahaya matahari
4. Air merupakan bahan pelincir dalam proses fotosintesis, dimana kehadiran air mempercepatkan lagi
proses fotosintesis
PROSES FOTOSINTESIS
Proses fotosintesis bermula apabila klorofil memerangkap cahaya matahari yang terpancar ke atas daun dan pada masa yang sama kandungan kardon dioksida akan masuk ke dalam daun melalui stoma.
Air yang diserapmelalui akar akan diangkut ke batang dan daun melalui xylem. Molekul molekul air dipecahkan oleh vahaya matahari lalu menjadi oksigen dan hidrogen. Penggabungan antara molekul hidrogen dan molekul carbon dioksida akan membentuk glukosa.
Kemudian, udara akan dilepaskan ke udara dan glukosa kana diangkut ke seluruh bahagian tumbuhan.
FUNGSI DAN KEPENTINGAN FOTOSINTESIS
Proses fotosintesis menghasilkan makanan kepada semua organisma dimana produk akhir proses ini adalah glukosa. Glukosa ini berperanan sebagai sumber tenaga utama bagi tumbuhan. Dan akhirnya manusia dan haiwan dapat memanfaatkan tumbuhan sebagai bahan makanan
Selain itu, proses fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara. Dalam kata lain, proses ini membersihkan udara dari unsur karbon dioksida yang terhasil daripada pernafasan manusia atau haiwan dan pembebasan karbon dari asap kenderaan dan industri atau apa juga aktiviti yang membebaskan gas karbon dioksida (aktiviti pembakaran).
Seperti yang diterangkan melalui eksperimen diatas dimana tikus kekal hidup kerana tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis di dalam balang tesbut telah menggunakan karbon dioksida daripada tikus dan diubah menjadi makanan dan pembebasan gas oksigen. Maka kitar karbon dioksida dan kitar oksigen memerlukan tumbuhan sebagai agen penukaran atau agen kitaran. Ianya akan mengekalkan keseimbangan ekosistem bumi dan saling memerlukan antara satu sama lain.
1. Peralatan dan Baja Fertigasi Harga Murah dan Berbaloi- Klik Sini
2. Untuk racun comotech bagi kawalan hamama…Whatsapp 017-6486713.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020