Jenis dan alternatif komponen yang digunakan di dalam baja fertigasi

Di dalam artikel terdahulu kita telah melihat bahan atau komponen yang ada di dalam baja fertigasi.

Jika anda belum membacanya boleh klik di sini.

Pada artikel kali ini saya akan terang bahan – bahan alternatif atau ganti.

Kenapa pengusaha fertigasi perlu tahu mengenai bahan alternatif ini?

Ianya penting kerana satu harga setiap bahan – bahan ini adalah berlainan, ada yang mahal tetapi pengantinya adalah murah.

Kedua, kemungkinan besar bahan tersebut habis di lokasi berhampiran anda dan anda boleh menggunakan bahan alternatif tersebut.

Sekarang mari kita lihat bahan alternatif yang sesuai digunakan selain daripada bahan – bahan utama ini.

Sebelum itu kita wajib tahu unsur nutrient yang diperlukan.

Sebagai contoh bahan atau komponen adalah calcium nitrate, maka unsur nutrient daripada komponen ini adalah calcium dan nitrogen.

Contoh kedua, Magnesium Sulfat: unsur nutrient daripada bahan ni adalah Magnesium dan Sulfur atau Sulfat.

Boleh faham? tak faham boleh tanya dalam ruangan komen.

Sekarang mari kita lihat pula jadual di bawah.

screen-shot-2016-10-25-at-12-30-44

screen-shot-2016-10-25-at-12-30-52

Jadual di atas merangkumi nutrient, sumber bahan nutrient dan peratusan ketulenan nutrient.

Nutrient ini merupakan bahan atau zat yang diperlukan oleh pokok atau tanaman.

Sumber bahan nutrient adalah bahan atau komponen bahan yang boleh digunakan. Di dalam jadual di atas disertakan bahan nutrient alternatif sekali.

Peratusan ketulenan nutriet merupakan kandungan nutrient di dalam sumber bahan nutrient tersebut. Lagi tinggi peratusannya bermakna lagi tulen dan lagi banyak nutrient di dalan bahan tersebut.

Saya ambil satu contoh iaitu nutrient pottasium atau kalium ini.

Di dalam tumbuhan kalium ini berfungsi sebagai pengaktif tindak balas enzim dalam tanaman. Sebagai sel pengawal sekeliling sel stomata.

Nutrient potassium ini boleh diperolehi daripada lima sumber bahan baja iaitu

1) Potasiium chloride
2) Potassium nitrate
3) Potassium magnesium sulphate
4) Monopotassium phosphate
5) Potassium sulphate (SOP)

Setiap sumber bahan mempunyai tahap ketulenan yang berbeza. Boleh rujuk jadual di atas.

Kebiasaanya pengusaha akan menggunakan Potassium nitrate atau Potassium sulphate untuk unsur nutrient Kalium ini.

Potassium chloride jarang digunakan kerana di dalam air sudah ada klorin.

Harus ingat untuk membuat satu formulasi yang baik bukan senang kerana kita harus balance untuk setiap unsur nutrient.

Sebagai contoh dalam formulasi baja adalah 10 bahan atau komponen iaitu

Bahan A

Calcium Nitrate (CN)
Iron

Bahagian B

Pottasium Nitrate (PN)
Magenesium Sulfat (MgSO4)
Monokalium phosphate (MKP)
Zink Sulfat
Kuprum Sulfat
Boron
Hibor
Mangan sulfat
Ammonium molydate

Jika kita lihat nutrient nitrogen mempunyai 3 sumber utama iaitu CN, PN dan ammonium molydate.

Plant nutritionist perlu membalace unsur nutrient Nitrogen di dalam ketiga – tiga bahan ini supaya bahan lain yang hadir iaitu calcium daripada CN, kalium daripada PN tidak lebih daripada keperluan yang sepatutnya.

Sekarang rasanya pembaca sudah tahu bukan senang untuk membuat satu formulasi baja fertigasi yang optimum untuk hasil dan pertumbuhan tanaman.

Saya syorkan supaya pembaca simpan jadual atau artikel ini untuk rujukan bagi artikel seterusnya.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Baja, Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Jenis dan alternatif komponen yang digunakan di dalam baja fertigasi

  1. m.iskandar saleh says:

    salam tuan ada buat kursus untuk baja A&B fertegerasi untuk timun

Leave a Reply